Hasrizal artwork

Hasrizal

205 episodes - Malay - Latest episode: 3 months ago -

PODCAST.HASRIZAL.COM

📌

Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Self-Improvement Education
Homepage Apple Podcasts Google Podcasts Overcast Castro Pocket Casts RSS feed

Episodes

Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 2)

January 25, 2021 00:00 - 51 minutes - 70.4 MB

Episod 2 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Sejarah Pemerintahan Umar bin al-Khattab ra (Episod 1)

January 24, 2021 23:53 - 59 minutes - 82.4 MB

Episod 1 pengkisahan sejarah pemerintahan khalifah kedua umat Islam, Umar bin al-Khattab r.a. berdasarkan kitab al-Khulafa' al-Rashidun: Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhad oleh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi. Rakaman tahun 2013. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Co-Rumination: Anak Remaja Berduet Menuju Kemurungan

January 11, 2021 15:30 - 9 minutes - 13.5 MB

Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial tanpa had. Ibu bapa kepada anak remaja, kuatkanlah semangat dan carilah kekuataan untuk menguruskan anak tatkala mereka terjebak dalam situasi sebegini. Nasihat kita mungkin dianggap musuh kerana mengganggu persahabatan mereka, walaupun mereka sedang saling menuju ke lembah masalah. Berhati-hatilah dalam memberi kebenaran kepada penggunaan telefon pintar dan media sosial. Ia mungkin keputusan yang paling anda kesali di kemudian har...

2021: Kita Sudah Amat Jauh Jarak Masa Dengan Rasulullah SAW

January 04, 2021 18:06 - 10 minutes - 14.1 MB

Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman.  Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis.  Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam?  Ummu Aiman menjawab kepada mereka berdua: sesungguhnya aku demi Allah ...

Solat Tak Boleh Rukuk dan Sujud: Kisah Cabaran Amalan Agama di Negeri Asing

December 25, 2020 14:41 - 11 minutes - 16.1 MB

Tinggal di negara ‘asing’ yang Muslim adalah kaum minoriti, memberi cabaran unik yang mungkin kurang difahami oleh mereka yang tidak mengamalkannya. Berkaitan dengan solat, bagaimanakah ia boleh dilaksanakan oleh kita, dan anak-anak kita, dalam suasana asing seperti ini? Jom kita bersembang mengenainya, bersama kenangan bersolat Jumaat di London bersama al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi, seputar firman Allah: فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ "Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya...

Ubah Bahasa Mengajar Untuk Ubah Hasil Belajar

December 10, 2020 13:42 - 6 minutes - 9.64 MB

Ulasan Buku Teacher & Child oleh Dr Haim Ginott: ACCEPTANCE AND ACKNOWLEDGMENT Teachers are told that children need understanding and acceptance. What they are not told is how to convey it under difficult classroom conditions. Communicating acceptance and understanding is a complex art with a unique language. Here are some guidelines: In communicating with children there is a crucial difference between critical and uncritical messages. In making demands on children an uncritical message i...

Tip Keibubapaan Mendepani Anak Remaja Yang Ingin Membun** Diri

November 29, 2020 16:17 - 20 minutes - 28.1 MB

Saya memilih untuk tidak berkongsi pandangan dalam bentuk penulisan kerana tidak mahu ia dipetik secara salah di luar konteks. Selepas dihubungi beberapa pihak yang meminta saya mengemukakan pandangan mengenai ‘confession’ seorang ibu di halaman IIUM Confession mengenai masalah anaknya yang suic****, saya kongsikan pandangan saya melalui video ini.  Pada minit ke 18:52 saya ingin menyebut bahawa tindakan membun** diri adalah ‘permanent reaction kepada temporary *problem, dan bukannya tempora...

Abah Bukan Menyibuk

November 26, 2020 11:13 - 7 minutes - 6.57 MB

Assalamualaikum dan hello sahabat semua. Apabila saya tanya anak soalan-soalan selepas pulang dari sekolah, saya bukan menyibuk. Sembang itu bagus. Tetapi sembang dengan beberapa strategi berasaskan sains pembelajaran akan memaksimumkan manfaatnya. Apabila saya tanya anak kawan-kawan hari ini makan apa, siapa yang hadir siapa yang tidak hadir, saya sedang cuba menanam soalan-soalan yang mendorong anak lebih peka dengan persekitarannya, selepas terkesan dengan toksik skrin (telefon bimbit) ya...

Gagak, Dua Anak Adam dan Iktibarnya

November 10, 2020 21:25 - 28 minutes - 39.9 MB

Sains memberitahu kita bahawa gagak adalah burung yang sangat bijak. Pintar dalam 'problem solving' dan cermat memerhati sekelilingnya. Allah telah menghadirkan gagak untuk 'mengajar' anak Adam alayhi al-salam yang telah membunuh adik beradiknya sendiri, bagaimana jenazah tersebut patut diurus.  Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam berpesan agar kita mengikut teladan anak Adam yang baik itu, terutamanya di zaman fitnah.  Jemput mendengar perkongsian ini, untuk beberapa peringatan, moga ia berman...

Socratic Method: Hidup Yang Tidak Diuji Tidak Bererti

November 06, 2020 00:14 - 10 minutes - 14.7 MB

Hidup yang tidak diuji, tidak bererti. Itu kata Socrates. Menyingkap makna di sebalik ujian, memandu kita mengenal hikmah. Allah SWT menyebut di dalam al-Quran: ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ Dia lah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi ora...

Between Parent and Teenager by Dr Haim Ginott: Preface

September 06, 2020 11:11 - 6 minutes - 8.75 MB

Chit chat on the preface written by Dr. Haim G Ginott in his book "Between Parent and Teenager".  Here is what he said:  A day comes in any parent's life when there is a sudden realization: "My child is a child no longer." This is a unique moment of elation and fear. There is joy in seeing our seed—a sapling. There is also apprehension: No longer can we protect him from all winds. No longer can we stand between him and the world, to shield him from life's dangers. From now on he must face un...

Andai Lelah Mendidik Anak Remaja (Between Parent & Teenager oleh Dr Haim Ginott)

September 06, 2020 11:06 - 1 hour - 98.7 MB

Membaca Chapter 2 buku Between Parent and Teenager oleh Dr. Haim G Ginott: Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan semasa berinteraksi dengan anak-anak remaja: Accept his restlessness and discontent. Don’t try to be too understanding. Differentiate between acceptance and approval. Don’t emulate his language or conduct. Don’t collect thorns. Don’t step on corns. Bersambung selepas ini, Insya-Allah. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/m...

Anak Umur 6 Tahun Belum Boleh Membaca?

September 06, 2020 10:56 - 7 minutes - 10.9 MB

Antara soalan paling kerap diajukan kepada saya adalah kekhuatiran ibu bapa apabila anak belum boleh membaca sedangkan masa semakin hampir untuk memulakan persekolahan formal di Tahun 1. Apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kegusaran tersebut dan bagaimanakah anak boleh dibantu? Jom berkongsi pandangan melalui diskusi ini. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Sistem Pendidikan Finland: 5 Manfaat Dan 5 Limitasi

August 05, 2020 11:03 - 12 minutes - 16.9 MB

Walaupun anak bersekolah di sekolah terbaik, ibu bapa tetap perlu aktif terbabit dalam keibubapaan. Sekolah bukan pengganti. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Khullah: Antara Cinta Ibrahim Kepada Allah dan Anaknya Ismail

August 01, 2020 19:58 - 7 minutes - 10.6 MB

Kisah Ibrahim dan Ibadah Korban menginsafkan kita tentang keutamaan hidup ini. Mengungkapkan kesaksian bahawa “AKU BERIMAN DENGAN ALLAH” malah “AKU MENCINTAI ALLAH” bukan kesaksian sebarangan.  Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya?  Iman membuahkan cinta.  Cinta membentuk nilai dan keutamaan.  Keutamaan menentukan pengorbanan.  Dalam sebuah h...

Maklum Balas Fynn Jamal Dan Saranan Budaya Ilmu

July 03, 2020 01:32 - 1 hour - 84.4 MB

Pertanyaan saya mendapat maklum balas daripada Fynn Jamal.  Isu ini bukanlah perihal siapa betul siapa salah dan mahu berpihak kepada yang mana. Ia adalah ujian ke atas kita sebagai umat Islam yang agamanya dibina di atas asas ilmu. Kekeliruan yang terjadi adalah sistemik. Kesan kegagalan memahami macam mana ilmu dalam agama berfungsi, bagaimana sesuatu hukum diputuskan dan bagaimana ia disampaikan kepada masyarakat. Umat Islam tidak rugi jika ramai yang patah hati hendak berdakwah lalu m...

Debat Fynn Jamal Dan Caprice: Sebaiknya...

July 03, 2020 01:25 - 7 minutes - 10.4 MB

Podcast ini adalah ulasan ringkas merujuk kisah perdebatan antara Fynn Jamal dan Caprice mengenai jenayah kes rogol.  Banyak nasihat yang Fynn Jamal kongsikan itu bagus dan perlu diberi perhatian bagi penambahbaikan diri kita semua.  Bahagian yang perlu diperbaiki ialah korelasi antara gagal mengamalkannya secara sempurna, dengan terjadinya jenayah rogol. Ia dibelenggu pelbagai falasi dalam berbahas. Ada slippery slope, post hoc ergo propter hoc, hasty generalisation hingga berputar-putar me...

Kesediaan Mendengar: Pra Syarat Mendapat Petunjuk Allah

June 27, 2020 16:08 - 10 minutes - 15.1 MB

Kesediaan mendengar dan kemahiran mengenainya boleh menjadi pembuka jalan untuk seorang yang berada di luar daerah kepercayaan masuk ke daerah iman. Tanpanya pula, ia boleh menyebabkan seseorang itu walaupun sudah beriman, meraba-raba di dalam kegelapan kerana enggan mendengar lalu terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Siapakah yang dapat menunjuk jalan orang yang terhalang daripada mendapat petunjuk-Nya?  Sebab itu hal ini amat penting.  Di dalam surah al-Zumar ayat 18, Allah SWT me...

Kasih Tanpa Syarat: Keeratan Emosi Antara Ibu Bapa dan Anak Asas Keluarga

June 12, 2020 04:11 - 18 minutes - 25.5 MB

Hanya ibu bapa yang mampu menyayangi seorang anak tanpa syarat. Menyayanginya semasa anak itu comel, dan kanak-kanak, patuh dan taat. Menyayanginya semasa anak itu sudah bukan lagi kanak-kanak dan ketika membuat kesilapan dan kesalahan. Ketika dunia menghukum si anak yang memusnahkannya, atau memuji si anak dengan pujian yang menyesatkannya, ibu bapa dengan cinta tanpa syarat itu, boleh terus meneruskan menjadikan rumah, sebagai jalan pulang.  Orang yang bercinta suka disuruh.  Jika anak-ana...

Sinergi: Menukar Cara Pandang Terhadap Perbezaan

June 05, 2020 15:23 - 3 minutes - 2.78 MB

Sedikit tazkirah berdasarkan Surah al-Hujurat ayat 13, rakaman 15 Oktober 2011 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Pemikiran Sejarah Dalam Kehidupan Seharian

June 05, 2020 15:02 - 9 minutes - 13.3 MB

5 teras yang membentuk pemikiran sejarah, rakaman 8 November 2013 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Percaya dan Berjaya: Inspirasi Maal Hijrah

June 05, 2020 14:57 - 8 minutes - 12.1 MB

Bersiaran bersama Abby Fana (Habsah Omar) dan Mazidul Akmal di MHI sempena Maal Hijrah memperkatakan tentang PERCAYA UNTUK BERJAYA --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Berkatalah Yang Benar Walaupun Pahit

June 05, 2020 14:52 - 5 minutes - 4.11 MB

Ulasan buku Representations of the Intellectual oleh Edward Said. Dirakam pada tahun 2011 --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran

May 30, 2020 21:06 - 8 minutes - 11.8 MB

Petikan Siri Motivasi Pagi Radio IKIM, 2010. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Kematian dan Kehidupan Adalah Ujian

May 28, 2020 06:59 - 1 minute - 2.39 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Dunia Perlu Mencontohi Sistem Kesihatan Awam Malaysia

May 28, 2020 06:58 - 1 minute - 2.46 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Kenapa Finland Buka Semula Sekolah Ketika Jangkitan dan Kematian Masih Tinggi?

May 28, 2020 06:56 - 5 minutes - 8.09 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Tidak Malukah Berjumpa Kaunselor Keluarga?

May 28, 2020 06:55 - 2 minutes - 2.9 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Menguruskan Diri dan Anak-anak Sendirian di Finland, Bagaimana Melakukannya?

May 28, 2020 06:54 - 4 minutes - 6.68 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Pelbagai Fatwa Pelbagai Amalan Mengenai Puasa di Finland, Bagaimana?

May 28, 2020 06:53 - 1 minute - 1.72 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Kenapa Tukar Jadual Solat Dan Puasa Sekarang?

May 28, 2020 06:51 - 3 minutes - 4.89 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Puasa di Oulu Finland 22 Jam?

May 28, 2020 06:50 - 4 minutes - 5.66 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Kuasa Transformasi Pendidikan di Tangan Guru

May 28, 2020 06:48 - 1 minute - 2.35 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Penerimaan Anak-anak Terhadap Sistem Pendidikan di Finland

May 28, 2020 06:47 - 1 minute - 2.22 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Kenapa Berhijrah ke Finland?

May 28, 2020 06:45 - 4 minutes - 6.89 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Rindukan Kampung Halaman | Aidilfitri 1441H

May 28, 2020 06:43 - 1 minute - 1.93 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Khutbah Raya Spontan Dengan Anak-anak Remaja di Oulu Finland

May 28, 2020 06:41 - 3 minutes - 4.5 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Pengalaman Beraya di Oulu Finland: Norma Baharu

May 28, 2020 06:39 - 2 minutes - 3.79 MB

Petikan segmen Raya Norma Baharu, bersiaran pada 1 Syawwal 1441H bersama DJ Erwan Johari dan DJ Norhayati Paradi --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Catatan di Bumi Khilafah (1996)

May 24, 2020 01:06 - 5 minutes - 7.72 MB

Lagu Catatan di Bumi Khilafah, petikan album Dunia Ini oleh Usrah al-Firdaus, Jordan. Diterbitkan di Amman pada tahun 1996. Lagu, lirik dan nyanyian oleh Hasrizal Abdul Jamil --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Syukur dan Kufur Dalam Nikmat Rumahtangga dan Keluarga

May 21, 2020 11:58 - 8 minutes - 11.6 MB

Salah satu daripada sumber kekecewaan adalah apabila kita salah membuat perbandingan. Jika ingin membuat perbandingan, maka bandingkanlah diri sendiri semasa dengan sebelumnya, keadaan keluarga semasa dengan sebelumnya. Jika bertanding, bertanding dengan diri sendiri.  Pertandingan yang disebut oleh Allah:  “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya be...

Bagaimana Jika Perjalanan Kehidupan Anak Kita Tidak Selurus Lebuhraya?

May 21, 2020 11:54 - 6 minutes - 9.43 MB

Perlukah kehidupan anak-anak kita berlaku secara linear dari tadika ke sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, kerja, kahwin dan pencen? Mungkinkah kehidupan masih boleh harmoni dan seimbang andai jalan yang dipilih tidak seluruh sebuah lebuhraya? --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Pulas Telinga, Budak Lebih Cerdik?

May 17, 2020 05:32 - 7 minutes - 10.2 MB

Baru-baru ini saya ditanya mengenai kenyataan yang dikemukakan oleh al-Imam al-Zarqani rahimahullah semasa mengulas al-Muwatta' karya al-Imam Malik rahimahullah bahawa "murid yang lazim dipulas telinga lebih baik kefahamannya." Ia merujuk kepada peristiwa Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam menarik cuping telinga Ibn Abbas radiallahu 'anha untuk mengalihkan Ibn Abbas yang berdiri di kiri baginda, agar bergerak ke kanan baginda semasa mereka berdua berqiamullail. Apakah kefahaman yang sej...

Tadabbur Ayat Iqra'

May 16, 2020 04:29 - 32 minutes - 44.9 MB

Merenung komponen-komponen penting di dalam ayat Iqra' untuk pendidikan. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Hati Yang Sejahtera, Berdamai Dengan-Nya

May 16, 2020 04:20 - 16 minutes - 23.2 MB

Sebelum al-Quran diwahyukan buat pertama kalinya kepada Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam di bulan Ramadan, Baginda terlebih dahulu meluangkan masa beberapa tahun bertahannuth di gua Hira'. Bertahannuth itu dalam erti kata menjernihkan jiwa untuk berfikir dan merenung, memisahkan diri daripada pengaruh persekitaran dalam menaakul kehidupan sebelum benar-benar bersedia menerima wahyu.  Kejernihan jiwa itu membolehkan Baginda menyingkap makna-makna yang terkandung di dalam wahyu Allah aga...

Kepentingan Sejarah Dalam Mengukuhkan Pembinaan Kehidupan Semasa

May 16, 2020 04:15 - 5 minutes - 7.97 MB

Audio ini adalah rakaman pengenalan kepada satu program yang diusahakan oleh Moocmeen.com untuk pembelajaran atas talian secara percuma pada tahun 2015. Malangnya usaha berkenaan tidak dapat diteruskan disebabkan oleh pelbagai kekangan. Namun video ini terkandung di dalamnya beberapa saranan yang penting, mengapa sejarah merupakan satu disiplin penting untuk kita 'troubleshoot' pengalaman manusia.  Semoga bermanfaat --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasr...

Mencermati Bahasa Dalam Mengungkapkan Ilmu dan Agama

May 16, 2020 04:12 - 37 minutes - 50.9 MB

Apabila Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan bahasa sebagai satu daripada enam kategori ilmu, ia bermaksud menjadikan pendakwah dan kita sebagai umat Islam keseluruhannya, peka terhadap fungsi bahasa dalam mengungkapkan makna, pemikiran dan jati diri. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Adab di Antara Orang Mengajar dan Belajar Menurut Imam Birgivi

May 16, 2020 03:56 - 5 minutes - 7.81 MB

Petikan nasihat Imam Birgivi (m. 1573M) di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah berkenaan adab murid dengan guru, orang jahil dengan orang alim.  Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batang Hati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang  Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Bergaul mesra dengan anak murid tidak menjadi sebab untuk anak murid bertindak tidak sopan, bagai kaduk naik junjung, seandainya ...

Usaha Islah Akhirnya Perlu Pergi ke Jalan Pendidikan

May 16, 2020 03:48 - 6 minutes - 8.68 MB

Di dalam sejarah, ramai tokoh yang berusaha mengislah masyarakat memilih jalan pendidikan. Apabila syirik, bid'ah dan khurafat hendak dibanteras, ia memerlukan kepada penambah baikan bukan hanya pada persekitaran, tetapi perlu mengubah 'dalaman' manusia membabitkan cara berfikir, sistem nilai, kaedah percaya, yang semua ini memerlukan kepada pendekatan sistemik yang teratur. Kita boleh melihat contoh daripada tokoh-tokoh seperti Umar bin Abdul Aziz, demikian juga Muhammad Abduh, Buya HAMKA d...

Kebahagiaan Hidup: Menjemput Rahmat Allah ke Dalam Kehidupan

May 16, 2020 03:44 - 4 minutes - 6.48 MB

Rahmat adalah premis kebahagiaan. Ia mengeluarkan Ashab al-Kahf daripada kesempitan dunia kepada keluasan gua. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message

Bagaimana Kita Melihat Murid Sebagai Bakal Ibu dan Bakal Bapa?

May 16, 2020 03:36 - 9 minutes - 13.3 MB

Melihat murid-murid sebagai bakal ibu dan bakal bapa, mengubah idea kita mengenai pendidikan dan akademik. Petikan Kuliah Maghrib 2016 di Surau al-Nur, Bandar Baru Bangi. --- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message