Hidup yang tidak diuji, tidak bererti.


Itu kata Socrates.


Menyingkap makna di sebalik ujian, memandu kita mengenal hikmah.


Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:


ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ


Dia lah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67: 2)


Hidup ujian.


Mati pun ujian.


Bukan sekadar cakap kosong. Tetapi sesuatu yang memerlukan upaya menyingkapnya. Jika datang kesusahan, apa yang Allah mahu kita belajar? Jika duji dengan kesenangan, apa ertinya itu semua?


Untuk membolehkan kehidupan dihadapi dengan akal fikiran yang sihat lagi cergas menyingkap makna, Socratic Method mengundang beberapa persoalan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.


Ikuti perbincangan mengenainya di dalam vlog kali ini.

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message