Salah satu daripada sumber kekecewaan adalah apabila kita salah membuat perbandingan. Jika ingin membuat perbandingan, maka bandingkanlah diri sendiri semasa dengan sebelumnya, keadaan keluarga semasa dengan sebelumnya. Jika bertanding, bertanding dengan diri sendiri.  Pertandingan yang disebut oleh Allah:  “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorkannya.” (al-Shams 91: 7-10)  Elakkan membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Suami kita dengan suami orang lain. Isteri kita dengan isteri orang lain. Tambah-tambah, anak kita dengan anak orang lain.

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message