Amanz artwork

Amanz

237 episodes - Malay - Latest episode: about 2 months ago -

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

Technology
Homepage Apple Podcasts Google Podcasts Overcast Castro Pocket Casts RSS feed

Episodes

#SembangLebat : Apple WWDC 2020

June 23, 2020 15:03 - 58 minutes - 108 MB

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC 2020, dimana melaluinya Apple memperkenalkan sejumlah ciri baru yang bakal hadir ke iOS, iPadOS, macOS, tvOS dan juga watchOS. Disamping itu, Apple turut mengumumkan peralihan dari cip Intel ke cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri, melalui apa yang dipanggil Apple Silicon. Pada #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai perkara yang telah diumumkan oleh Apple ini.

Kenapa HTC Gagal?

May 26, 2020 07:46 - 18 minutes - 33.7 MB

HTC merupakan salah satu syarikat teknologi yang suatu ketika dahulu bersaing rapat dengan Samsung dalam penawaran telefon pintar. Namun, hari demi hari, mereka semakin ketinggalan, dan kini namanya tidak lagi tersenarai dalam lima jenama peranti teratas dunia. Jadi, apa yang jadi, dan kenapa HTC gagal?

Kenapa GPS Percuma?

May 09, 2020 11:59 - 13 minutes - 25.1 MB

GPS merupakan salah satu teknologi yang digunakan secara meluas dalam navigasi pada hari ini. Ia ditawarkan secara percuma oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk pelbagai pihak, termasuk pengeluar peranti pintar. Tetapi, pernahkah anda terfikir akan kisah disebalik GPS ini?

Apple iPad Pro 2020 Hadir Dengan Sensor LiDAR

March 19, 2020 12:40 - 23 minutes - 42.5 MB

Apple kini telah pun mengumumkan kemaskini untuk penawaran tablet mereka. Menariknya, kini ia hadir dengan beberapa ciri baru, termasuk sokongan sensor LiDAR tambahan dibelakang, selain sokongan input tetikus untuk produktiviti yang lebih baik. Pada episod kali ini, kami bersembang berkenaan penawaran iPad Pro terbaru daripada Apple yang dijangka mengubah arena tablet ini.

Telefon Memfokuskan Gaming? Relevankah?

March 16, 2020 09:31 - 1 hour - 115 MB

Akhir-akhir ini, hadir trend baru daripada para pengeluar peranti, dimana mereka hadir dengan telefon memfokuskan kepada gaming. Pada video Sembang Lebat kali ini, kami melihat kepada topik ini, dan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

#SembangLebat - Samsung Galaxy S20 & Galazy Z Flip

February 15, 2020 10:40 - 1 hour - 111 MB

Samsung pada minggu ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk tahun 2020, iaitu Samsung Galaxy S20 dan juga Galaxy Z Flip. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami membincangkan pelbagai perkara yang berlaku ketika acara pelancaran Samsung Unpacked 2020 ini - termasuk pengenalan dua peranti mercu baru daripada Samsung.

#SembangLebat – Teknologi Terbaik Dan Terburuk 2019

December 31, 2019 02:23 - 1 hour - 116 MB

Dengan tahun 2019 yang kini melabuhkan tirai, kami melihat kembali kepada pelbagai teknologi menarik yang telah diperkenalkan sepanjang tahun 2019 ini. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan antara penawaran teknologi yang menarik dan mengecewakan sepanjang 2019 ini.

Pemenang Anugerah Telefon Kelas Pertengahan Terbaik, Flagship Terbaik Dan Inovatif - 2019

December 27, 2019 03:06 - 57 minutes - 105 MB

Tahun 2019 kini melabuhkan tirainya, dan seperti setiap tahun, pada tahun ini kami melihat kepada pelbagai penawaran peranti menarik sepanjang tahun, dan berbincang mengenai penawaran telefon pintar terbaik untuk pelbagai kelas.

Pemilihan Peranti Terbaik Tahun 2019

November 30, 2019 13:02 - 54 minutes - 99.3 MB

Tahun 2019 semakin menghampiri kepada penghujungnya, dan semestinya ramai yang ingin ketahui berkenaan pemilihan peranti terbaik untuk tahun ini. Selari dengannya, pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan pemilihan peranti terbaik 2019 yang akan datang, dan apakah antara kriteria yang kita lihat sebelum pemilihan akhirnya.

#SembangLebat : Penjara Sistem Operasi

October 30, 2019 07:09 - 56 minutes - 104 MB

Sistem operasi kini memainkan peranan penting dalam pemilihan peranti oleh para pengguna. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkembangan sistem operasi mudah-alih, dan bagaimanakah impaknya pada masa akan datang dikalangan pengguna?

Berbaloi Ke Langgan Disney+?

September 16, 2019 03:28 - 42 minutes - 77.3 MB

Disney+ atau Disney Plus merupakan perkhidmatan penstriman video terbaru yang bakal dilancarkan oleh Disney tidak lama lagi. Melaluinya, mereka akan menawarkan sejumlah kandungan terbitan mereka terus melaluinya, sekaligus membuatkan mereka bersaing dengan perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan lain-lain. Pada episod kali ini, kami melihat kepada sama ada berbaloi atau tidak perkhidmatan penstriman ini untuk dilanggan.

#SembangLebat – Pengumuman Produk Dan Perkhidmatan Baru Apple

September 11, 2019 12:48 - 1 hour - 126 MB

Apple telah pun mengumumkan sejumlah produk dan perkhidmatan baru pada awal pagi ini, termasuk pengenalan Apple TV+, Apple Arcade, selain produk yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 11. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai apa yang diumumkan, dan pendapat kami berkaitan dengannya.

Nintendo Switch Lite - Apakah?

July 15, 2019 04:18 - 23 minutes - 43 MB

Nintendo pada minggu lepas telah mengumumkan secara rasminya sebuah lagi konsol generasi baru dibawah keluarga Switch, iaitu Nintendo Switch Lite. Pada episod kali ini, kami melihat kepada penawaran terbaru Nintendo, dan sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

#SembangLebat - Jony Ive Meninggalkan Apple

July 08, 2019 01:59 - 40 minutes - 73.3 MB

  Dompet Digital TNG Menawarkan Rebat RM5 Untuk Perbelanjaan RM50 Di Shell Jony Ive merupakan salah satu nama yang tidak asing yang terlibat dalam rekabentuk produk-produk Apple. Walaubagaimanapun, pada minggu ini beliau membuat kejutan dan telah pun meninggalkan Apple untuk membuka firma tersendiri. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenainya, selain pada masa yang sama turut melihat kepada MWC Shanghai.

#SembangLebat : Huawei

May 31, 2019 00:25 - 41 minutes - 75.2 MB

Salah satu perkara yang dibincangkan hangat selama dua minggu ini adalah berkenaan dengan Huawei yang menerima sekatan perdagangan di Amerika Syarikat, sekaligus memberikan impak terhadap pelbagai perniagaan mereka. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai perkara ini dan beberapa kesan disebabkan olehnya.

Menarik Di Google I/O 2019

May 08, 2019 08:33 - 19 minutes - 26.8 MB

Google hari ini telah mengadakan acara Google I/O 2019 yang mana menyaksikan mereka berkongsi sejumlah perkara baru, termasuk berkaitan dengan Android Q, ciri privasi baru pada Chrome, sokongan Google Assistant, serta pengenalan peranti baru Pixel 3a.

Sony PlayStation 5 Dengan SSD, Sokongan 8K, Ray-Tracing

April 19, 2019 05:09 - 20 minutes - 28.4 MB

Sony PlayStation 5 merupakan konsol generasi baru yang dinantikan ramai. Kini, Sony telah berkongsi sejumlah ciri-ciri barui yang akan hadir ke konsol berkenaan tidak lama lagi, dan pada video kali ini, kami membincangkan antara perkara yang telah dikongsikan oleh pihak Sony baru-baru ini.

#SembangLebat : Multi-Kamera Pada Telefon Pintar, Adakah Satu Keperluan?

April 15, 2019 03:17 - 37 minutes - 52.1 MB

Penggunaan multi-kamera pada sesuatu telefon telah menjadi suatu norma pada hari ini. Pada video #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada topik ini, dan berbincang sama ada penggunaan multi-kamera ini satu keperluan atau hype semata-mata.

Apa Itu Google Stadia? Platform Permainan Awanan Daripada Google?

March 21, 2019 07:37 - 17 minutes - 23.5 MB

Google pada awal pagi hari ini telah mengumumkan penawaran platform permainan berasaskan perkomputeran awanan, iaitu Stadia. Pada podcast kali ini, kami membincangkan mengenai apa itu Stadia, dan apakah ciri-ciri dan perubahan yang bakal dibawa oleh platform berkenaan untuk arena permainan video.

#SembangLebat - Samsung Galaxy Fold vs Huawei Mate X

March 09, 2019 11:05 - 42 minutes - 58.7 MB

MWC atau acara tahunan popular, Mobile World Congress baru sahaja menutup tirainya. Pada acara berkenaan, pelbagai peranti telah dilancarkan, termasuk yang menjadi fokus adalah peranti dengan sokongan rangkaian 5G dan juga trend telefon dengan skrin boleh-lipat. Pada #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai trend baru yang diperlihatkan pada acara MWC 2019 ini, dan sama ada ia praktikal untuk penggunaan seharian atau sebaliknya.  

Sony PlayStation 5 – Ramalan Dan Apa Yang Dijangka

January 21, 2019 11:37 - 55 minutes - 76.1 MB

PlayStation 5 merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai pengguna dan peminat permainan video. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan bilakah ia dijangka dilancarkan, selain apakah ciri-ciri yang mungkin disertakan pada konsol akan datang berkenaan.

#SembangLebat - Apa Yang Menarik Di CES 2019

January 15, 2019 03:50 - 39 minutes - 72.7 MB

CES 2019 merupakan salah satu acara tahunan yang sering memperlihatkan pelbagai teknologi baru yang bakal menemui pengguna pada sesuatu tahun. Tahun ini, ia memperlihatkan sejumlah perkara baru, termasuk televisyen 8K, tv boleh-gulung, rekaan komputer riba baru, cip pemprosesan baru, dan sebagainya.

#SembangLebat - Tips Dan Azam 2019

January 02, 2019 03:53 - 1 hour - 118 MB

Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada azam tahun baru, dan bagaimana boleh menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda dalam memastikan anda mencapai azam anda dengan jayanya. Selamat Tahun Baru 2019!

#SembangLebat – Teknologi Dan Gajet Yang Tidak Disukai 2018

December 18, 2018 01:55 - 53 minutes - 98.4 MB

Pada minggu lepas, #SembangLebat telah pun membincangkan topik mengenai antara peranti dan teknologi yang menarik sepanjang 2018 yang lepas. Pada minggu ini, kami melihat kepada topik alternatif untuknya, iaitu berkaitan teknologi dan peranti yang agak mengecewakan sepanjang 2018 ini.

#SembangLebat - Peranti Dan Teknologi Terbaik Sepanjang 2018

December 10, 2018 03:31 - 1 hour - 116 MB

Tahun ini menyaksikan sejumlah telefon pintar dan peranti elektronik diperkenalkan oleh pengeluar seluruh dunia - yang mana sekaligus menyertakan pelbagai pembaharuan bersama-sama dengannya. Pada episod #SembangLebat kali ini, kami melihat kepada pelbagai peranti baru yang diperkenalkan yang mencuri perhatian kami - selain turut menyentuh berkenaan beberapa teknologi yang benar-benar memukau sepanjgn 2018 ini.

#SembangLebat - Servis Internet Di Malaysia - Streamyx, Unifi, Maxis?

November 26, 2018 08:20 - 1 hour - 88.3 MB

Akhir-akhir ini, salah satu perkhidmatan yang mendapat perhatian dan komen ramai pihak adalah perkhidmatan internet unifi dan Streamyx. Pada Sembang Lebat kali ini, kami membincangkan mengenai hal ini, selain turut menyentuh secara ringkas mengenai fenomena video menegak yang semakin popular sejak setahun dua ini.

#SembangLebat - Apakah Definisi Sebenar Pengecasan Pantas?

October 27, 2018 04:02 - 41 minutes - 56.8 MB

Pada pelbagai telefon pintar pada hari ini, ramai yang mengatakan ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Tetapi, adakah ia membawa definisi sebenar atau sekadar pemasaran semata-mata. Apakah definisi sebenar pengecasan pantas yang benar-benar membantu pengguna?

#SembangLebat - Storan Awan, Penting Atau Tidak?

October 06, 2018 11:47 - 29 minutes - 55.4 MB

Pada hari ini, perkhidmatan storan awan bukan sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai perkhidmatan mengikut platform pada hari ini, termasuk antaranya adalah Google Drive, Dropbox, OneDrive, iCloud dan sebagainya. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai kepentingan perkhidmatan storan awan dalam menyimpan fail pengguna.

#SembangLebat - Adakah Binaan Telefon Penting Untuk Anda?

September 28, 2018 13:55 - 41 minutes - 76.8 MB

Pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan peranti dengan binaan berbeza - daripada berasaskan polikarbonat, kaca, alumnium dan sebagainya. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai sama ada ia masih relevankah atau tidak untuk memilih peranti berasaskan binaan - memandangkan pengguna masih menggunakan kerangka luar tambahan padanya.

#SembangLebat - Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Bertukar Telefon?

September 21, 2018 13:42 - 36 minutes - 67.2 MB

Salah satu persoalan yang sering dipertanyakan ramai adalah bilalah masa yang sesuai untuk bertukar telefon? Adakah setiap tahun? Setiap dua tahun? Atau bila? Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai hal ini, selain turut menyentuh mengenai arena rumah pintar.

#SembangLebat - iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR

September 13, 2018 12:52 - 43 minutes - 80.8 MB

Apple telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya hari ini, iaitu iPhone XS dan iPhone XS Max -selain variasi iPhone XS pada harga sedikit rendah dinamakan iPhone XR. Pada video kali ini, kami menyentuh mengenainya, selain turut melihat kepada sumbangan iPhone X dalam kehadiran iPhone generasi baru ini.

#SembangLebat - Huawei Memintas Apple!

August 03, 2018 11:28 - 51 minutes - 95.9 MB

Huawei kini telah mendahului Apple dari segi angka pengeluaran telefon pintar, sekaligus menduduki tempat kedua hanya dibelakang Samsung. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai kebangkitan Huawei, selain pada masa yang sama turut melihat kepada trend pengeluar peranti yang memposisikan tablet sebagai ganti kepada komputer riba.

#SembangLebat : FaceUnlock, Papan Kekunci Fizikal Best?

July 23, 2018 12:51 - 27 minutes - 27.4 MB

Pelbagai telefon pintar pada hari ini mengintegrasikan sokongan imbasan wajah untuk sekuriti - menggantikan sokongan pengimbas cap jari biasa. Pada episod kali ini, kami melihat kepada perubahan ini pada telefon pintar ini. Dan pada masa yang sama, turut membincangkan mengenai papan kekunci fizikal yang hadir pada BlackBerry Key2.

#SembangLebat : Selamat Tinggal Yahoo! Messenger, Populariti Tik Tok?

July 20, 2018 12:49 - 34 minutes - 64.2 MB

Yahoo! Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular pada suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, sejak populariti aplikasi permesejan pada peranti mudah-alih, Yahoo! Messenger kian dilupakan pengguna. Minggu ini, ia turut menyaksikan aplikasi berkenaan ditamatkan operasinya.

#SembangLebat - Skrin Bertakuk Menganggu? Adakah Surface Go Relevan?

July 13, 2018 10:32 - 29 minutes - 39.5 MB

Trend terbaru dikalangan pengeluar peranti adalah intergrasi skrin bertakuk yang mana mungkin dianggap ramai sebagai sedikit menganggu. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenainya, dan pada masa yang sama menyentuh mengenai tablet terbaru Microsoft, iaitu Surface Go.

#SembangLebat - Apakah Tablet Masih Relevan Pada Masa Kini?

May 30, 2018 06:35 - 11 minutes - 15.3 MB

Tablet merupakan salah satu peranti yang hangat dikatakan beberapa tahun lepas. Namun, ia menjadi semakin kurang popular dari tahun ke tahun. Pada episod kali ini, kami membincangkan sama ada tablet masih relevan atau tidak lagi.

#SembangLebat : Mid-Range Terkini vd Flagship Lama

May 30, 2018 06:21 - 13 minutes - 19.2 MB

Pada podcast kali ini, kami melihat kepada kelebihan dan kekurangan dalam membeli peranti baru - antara mid range tahun ini ataupun flagship tahun lepas.