Amanz artwork

Amanz

237 episodes - Malay - Latest episode: 17 days ago -

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

Technology
Homepage Apple Podcasts Google Podcasts Overcast Castro Pocket Casts RSS feed

Episodes

Sebab Mengapa Shopee Sembunyikan HP Anda

October 27, 2021 15:26 - 47 minutes - 89.7 MB

Dalam usaha menjaga privasi pengguna, Shopee mula tidak memaparkan nombor telefon pelanggan pada bungkusan kurier. Mat Pis dan Yem huraikan mengapa langkah ini lebih afdal untuk syarikat itu pada masa sama membantu pengguna perkukuhkan data privasi masing-masing. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Ingat Vape, Ingat Sapura. Sapura Mines kini menyokong Cloud Kitchen, sebuah inovasi terkini yang membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan penghantaran makanan dengan kos yang rendah.

IG Hilang Pelanggan Potensi, LinkedIn Keluar China

October 22, 2021 16:10 - 50 minutes - 95.2 MB

Podcast Amanz kali ini bincang tentang isu Instagram dan Facebook kehilangan 'potensi' untuk mendapatkan pengguna muda yang terdiri daripada remaja di AS dan serata dunia. Mat Pis dan Yem juga membincangkan tentang isu LinkedIn mengakhiri perniagaannya di China.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempaha...

Langkah Privasi Apple Menguntungkan

October 19, 2021 11:34 - 46 minutes - 87.4 MB

Tindakan Apple untuk mengukuhkan keselamatan privasi pengguna iOS mereka telah menyebabkan jutaan pengguna mula abaikan carian di Google dan Facebook. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana langkah Apple ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan yang lebih kepada pengguna mereka, tetapi juga bagaimana ia menguntungkan dari segi penjualan iklan di platform mereka sendiri. Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu cip dan iPhone 13.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama d...

Mengapa CCRIS Digantung Perkhidmatan Sementara?

October 08, 2021 14:28 - 1 hour - 120 MB

Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan sementara akses perkhidmatan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) untuk semua agensi pelaporan kredit (CRA), seperti ke CTOS Digital Bhd dan Experian. Mat Pis dan Yem persoal mengapa langkah ini diambil memandangkan tiada penjelasan rasmi telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat.  Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di...

Tetamu Khas: Kamarul Anwar Dari CGS-CIMB

October 04, 2021 12:20 - 56 minutes - 106 MB

Kamarul Anwar merupakan Penganalisa Kajian Ekuiti, Sektor Media dari CGS-CIMB. Penekanan beliau terhadap syarikat-syarikat media seperti Astro telah memberi imbasan jelas tentang bagaimana industri ini berfungsi. Mat Pis dan Yem bersembang dengan beliau tentang segalanya Astro. Mengapa Astro menjadi sebuah pengendali internet, kenapa Astro bergabung tenaga dengan Netflix dan Disney+ Hotstar, dan lain-lain lagi. Ikuti perbincangan rancak ini sekarang! Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapur...

Youtube Larang AntiVax, Astro Jadi ISP

October 03, 2021 02:32 - 56 minutes - 106 MB

Telekom Malaysia dan Astro umumkan kerjasama membolehkan Astro menjadi salah satu penyedia perkhidmatan internet. Youtube melarang semua kandungan anti-vaksin. Dan Isu bagaimana Facebook akan mengubah cara mereka mengendalikan diri mereka susulan laporan yang menunjukkan bahawa Facebook menyembunyikan kajian tentang bagaimana Instagram penyebab mengapa ramai remaja perempuan mengalami kesihatan mental yang teruk. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura R...

Bekas CFO-Huawei dilepaskan, adakah wujud perjanjian diplomatik antara Barat dan China?

September 28, 2021 15:17 - 58 minutes - 110 MB

Bekas CFO Huawei, Meng Wanzhou dilepaskan oleh pihak berkuasa Kanada setelah mengaku penglibatan beliau dalam transaksi urus niaga syarikat itu di Iran. Hampir serentak, dua warganegara Kanada Michael Spavor dan Michael Kovrig yang ditahan di China juga dilepaskan susulan pembebasan Meng. Apakah implikasi ini terhadap dunia teknologi dan juga diplomasi dua ekonomi terbesar di dunia? Yem dan Mat Pis huraikan. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resour...

Aerodyne Dron Nombor Satu Di Dunia!

September 26, 2021 09:14 - 49 minutes - 93.5 MB

Aerodyne diletakkan di tangga pertama dalam senarai yang mengandungi 400 syarikat dari seluruh dunia, menurut Drone Industry Insights. Syarikat Malaysia ini berjaya memintas Terra Drone dari Jepun yang sebelum ini di tempat pertama dua tahun berturut-turut. Selain itu, perbincangan tentang laporan Wall Street Journal berkaitan dengan Facebook juga dibincang. Teman Amanz minggu ini bertanyakan tentang isu China dan CPTPP.

Ekonomi Malaysia Kian Pulih? - Kajian Bloomberg

September 21, 2021 05:38 - 37 minutes - 70 MB

Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Bloomberg, ekonomi Malaysia akan pulih lebih ketara dalam tahun 2022. Mat Pis dan Yem bincang tentang isu ini. Turut dikupas, isu Rusia saman Facebook dan Alphabet. Teman Amanz kali ini merungkaikan tentang isu bagaimana COVID-19 akan membiasakan ujian pantas. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lu...

Semuanya Apple! iPhone 13, iPad 9, iPad Mini 6, Fitness+ Kini Di Malaysia, Dan Banyak Lagi

September 16, 2021 13:36 - 1 hour - 153 MB

Apple telah melancarkan beberapa produk, iaitu empat jenis iPhone 13, iPad 9, iPad Mini 6, dan Apple Watch Series 7. Tetapi perkara yang menarik untuk pasaran Malaysia adalah pengumuman pelancaran Fitness+ di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Mat Pis dan Yem bincang tentang implikasi pelancaran produk Apple tahun ini. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah ...

MoU Kerajaan-Pembangkang, AliPay, dan dasar kelestarian negara

September 14, 2021 14:37 - 58 minutes - 109 MB

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) menegaskan bahawa perjanjian di antara Pembangkang dan Kerajaan adalah sebuah memorandum persefahaman (MOU) dan bukan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA). Yem dan Mat Pis bincang tentang implikasi dokumen ini terhadap urusan parlimen. Turut dibincangkan adalah tentang isu AliPay di China, dasar kerajaan Malaysia terhadap isu kelestarian, dan juga baik dan buruk minggu ini. Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama d...

Celcom Lancar 5G Menjelang Akhir 2021

September 13, 2021 01:44 - 1 hour - 114 MB

1. Celcom umum bahawa mereka akan lancarkan 5G pada akhir tahun 2021 2. Apple akan umumkan iPhone baharu 3. TM dan Tata Communications akan bina internet di pedalaman ASEAN 4. Adham Baba hendakkan 5 unicorn dari Malaysia 5. COVIDNOW! Gitu.

Masalah Kabotaj Malaysia

September 10, 2021 13:31 - 1 hour - 126 MB

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini adalah isu kabotaj Malaysia, yang turut membuatkan beberapa syarikat gergasi internet dunia yang menghubungi kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada episod kali ini, kita melihat kepada masalah kabotaj Malaysia, disamping turut membincangkan berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kesihatan - termasuk Theranos dan perkembangan terbaru seumpamanya.

WhatsApp Disaman; Sebalik Mesin Aiskrim Selalu Rosak

September 05, 2021 15:53 - 1 hour - 118 MB

WhatsApp pada minggu ini disaman oleh pihak berkuasa di EU, disebabkan oleh isu melibatkan privasi. Ini bukan kali pertama, tetapi beberapa kali pihak WhatsApp telah disaman pihak berkuasa beberapa negara. Disamping itu, pada episod kali ini, kami turut membincangkan berkenaan mesin aiskrim di McD (Amerika Syarikat) yang sering mengalami masalah, membuatkan pengguna tidak boleh membelinya.

Syarikat Dijual Sehingga $1 Bilion, Cukai Apple 30%

August 31, 2021 05:35 - 1 hour - 133 MB

Baru-baru ini, kita telah melihat syarikat penerbitan digital Politico dijual pada harga mencapai $1 bilion. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengannya. Disamping itu, kita juga menjawab persoalan pembaca berkenaan percukaian 30% yang dikenakan Apple untuk AppStore, selain turut melihat kepada beberapa isu semasa yang menarik dalam arena teknologi.

Kabinet Baru, Masa Depan Sekuriti Siber

August 27, 2021 16:42 - 41 minutes - 77.3 MB

Perdana Menteri Malaysia kini telah memperkenalkan senarai kabinet baharu, sekaligus mengumumkan menteri yang akan menerajui setiap kementerian. Disamping itu, pada episod kali ini kita turut membincangkan kaedah bagaimana Facebook ingin mengawal kesan platform mereka terhadap politik. Selain itu, kita juga menjawab persoalan berkenaan sekuriti siber dan masa depannya.

Afghanistan, Pilihanraya dan Teknologi!

August 25, 2021 16:49 - 1 hour - 118 MB

Pada episod kali ini kita berbincang berkenaan perubahan di Afghanistan, dan bagaimana teknologi digunakan di sana. Selain daripada itu, kita turut menyentuh berkenaan dengan perubahan dan beberapa trend edagang dari Asia, disamping integrasi pilihanraya dan teknologi.

Perdana Menteri Malaysia Ke-9

August 21, 2021 13:35 - 58 minutes - 110 MB

Hari ini, perdana menteri Malaysia ke-9 telah mengangkat sumpah, sekaligus membawa kepada era pentadbiran baharu di Malaysia dengan fokus terhadap pemulihan daripada Covid-19. Pada masa yang sama, podcast kali ini turut membincangkan berkenaan dengan perkembangan di China yang memberikan kesan terhadap saham-saham syarikat teknologi di sana. Selain itu, kita juga membincangkan secara ringkas mengenai OnlyFans yang kini beralih dan mengharamkan kandungan lucah pada platform mereka.

Malaysia Menanti PM Baharu, Masalah Kabotaj!

August 19, 2021 16:26 - 50 minutes - 95.6 MB

Minggu ini menjadi tumpuan ramai adalah berkenaan dengan peralihan kuasa dan perubahan Perdana Menteri apabila PM ke-8 telah meletak jawatan, dan kini pencarian PM9 bermula. Pada masa yang sama, kita turut berbincang berkaitan masalah kabotaj yang sekali lagi diperkatakan, selari penubuhan rangkaian oleh Facebook dan Google di rantau Asia Tenggara.

China Kawal Selia Syarikat Teknologi

August 17, 2021 13:37 - 57 minutes - 109 MB

China sedia terkenal dengan ekonomi berbentuk kawalan, dan terbaru sejumlah syarikat melibatkan pendidikan dilihat menjadi sasaran dalam kawalan ini. Disamping itu, pada episod kali ini kami menyentuh secara ringkas berkenaan syarikat terkaya dunia, selain monopoli industri muzik oleh Tencent.

Kandungan Mikro Masa Depan Media?; Kenapa Semua Buat Cip Sendiri?

August 10, 2021 17:43 - 57 minutes - 53.4 MB

Pada podcast kali ini, kita melihat kepada crackdown yang sedang berlaku di China melibatkan pelbagai syarikat-syarikat teknologi yang berpusat di sana. Disamping itu, kita juga melihat kepada peningkatan kandungan mikro yang semakin popular, dan mungkin memberikan kesan terhadap bagaimana pengguna akan menikmati media pada masa akan datang. Akhir sekali, episod kali ini turut menyentuh berkenaan trend pelbagai syarikat yang kini membangunkan cip mereka tersendiri.

Lambakkan Perkhidmatan Langganan Kandungan, Pasaran Influencer

August 07, 2021 14:03 - 1 hour - 65.9 MB

Pada episod kali ini kami membincangkan dengan lebih menyeluruh berkaitan dengan pasaran langganan kandungan yang semakin diimplementasikan ramai dari hari ke hari. Selain langganan video, kita juga sedia melihat pengenalan penstriman muzik, permainan, malah kini kandungan bertulis untuk analisa dan berita. Disamping itu, AmanzCast kali ini turut membincangkan berkenaan dunia influencer yang semakin popular.

Bank Digital, Microsoft OYO, Pelakon Black Widow Saman Disney+

August 03, 2021 15:47 - 55 minutes - 104 MB

Arena perbankan digital semakin hangat dari hari ke hari. Selepas penutupan penerimaan borang permohonan, kini Bank Negara dalam proses menilai segalanya, sebelum mengumumkan sehingga 5 penerima lesen bank digital di Malaysia pada awal 2022 kelak. Selain daripada itu, pada episod kali ini juga kami membincangkan berkenaan OYO yang dikatakan sedang dalam perbincangan menerima pelaburan daripada pihak Microsoft, selain berkenaan watak pelakon Black Widow yang menyaman Disney+.

Masalah Pengeluaran Cipset

July 31, 2021 15:14 - 1 hour - 55.9 MB

Kembali kepada satu lagi episod podsiar, dimana pada episod kali ini kita membincangkan mengenai masalah pengeluaran cip yang memberikan kesan kepada pelbagai industri - daripada automotif, peranti mudah-alih, peralatan elektronik, dan sebagainya.

CNN Buat Penstriman Berbayar, Hartal, Dan Pasport Untuk Vaksin

July 27, 2021 13:10 - 48 minutes - 44.8 MB

Episod kali ini kita membincangkan berkenaan penyertaan CNN dalam arena penstriman berbayar melalui CNN+. Pada masa yang sama, salah satu topik hangat minggu ini adalah berkaitan dengan hartal dalam industri kesihatan. Podsiar episod ini turut membincangkan berkenaan dengan keperluan parlimen hibrid, selain passport untuk vaksin.

Astro Ingin Jadi Pusat Sehenti Untuk Penstriman Video

July 24, 2021 08:42 - 1 hour - 57.9 MB

Astro kini dilihat ingin menjadi salah satu pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan penstriman video dibawah satu tempat. Mereka sedia menambah HBO Go, Disney+, dan sedia mengumumkan kerjasama dengan Netflix. Pada masa yang sama, Astro telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, dinamakan Sooka. Pada episod kali ini, kami membincangkan menyeluruh berkaitan hal ini.

Square Masuk DeFi, Netflix Ke Arah Gaming

July 21, 2021 05:33 - 53 minutes - 49.3 MB

Pada episod kali ini, kita melihat kepada arena DeFi yang hangat diperkatakan, dimana Square ingin memfokuskan kepada arena Bitcoin. Disamping itu, kita membincangkan berkenaan perkembangan vaksin di seluruh dunia dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi. Episod kali ini juga kami membincangkan secara ringkas berkenaan dengan Netflix Gaming.

Pemulihan Ekonomi China Pasca Covid-19, Konsolidasi Media Sosial

July 17, 2021 12:49 - 56 minutes - 52.7 MB

Pada episod ini kita melihat kepada dua perkara utama, iaitu berkenaan dengan ekonomi China dan tahap pemulihan mereka pasca Covid-19, selain pada masa yang sama kita melihat adakah akan berlakunya lebih banyak penyatuan arena media sosial dalam tahun-tahun akan datang. Episod kali ini juga menyentuh berkenaan dengan statistik perkembangan gaji di Malaysia yang menyaksikan penurunan. Mempunyai sebarang input, jangan lupa hantarkan kepada [email protected] untuk segmen #TemanAmanz. :)

Cukai Syarikat Teknologi, Gergasi Asia Tenggara, Bank Digital

July 11, 2021 17:48 - 1 hour - 56.3 MB

Podsiar Amanz kali ini melihat kepada beberapa topik teknologi dan bisnes yang menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Antaranya adalah berkaitan dengan pelaksanaan cukai syarikat teknologi pada peringkat global. Disamping itu, kita juga melihat kepada perkembangan gergasi teknologi di Asia Tenggara, dan juga berkaitan dengan bank digital di Malaysia.

#OffTopic - Pengangguran, Sistem HIDE, KitaJaga.co, iPhone 13

July 08, 2021 19:26 - 49 minutes - 45.9 MB

Pada sesi #OffTopic di Amanz kali ini, kita melihat kepada perkembangan ringkas berkaitan politik, disamping pada masa yang sama melihat kepada perkongsian statistik semasa berkaitan pengangguran dan juga kesihatan mental. Disamping itu, salah satu portal baharu yang dibangunkan komuniti untuk komuniti adalah KitaJaga.co untuk memudahkan orang ramai mendapat bantuan.

#OffTopic - PKPD, Ekonomi, ESG dan Politik!

July 06, 2021 17:40 - 54 minutes - 50.3 MB

Dibawah siri episod podcast yang diberikan nafas baharu ini, kita melihat kepada beberapa topik berbeza dan diluar teknologi, iaitu berkaitan dengan isu semasa terbaru, melibatkan PKPD, ekonomi dunia, ESG dan juga situasi politik.

Trailer : AmanzCast Kembali

July 02, 2021 10:10 - 1 minute - 1.75 MB

Podcast Amanz kini kembali setiap minggu, bersama Yem dan Mat Pis, dimana kita akan membicarakan berkenaan dengan sejumlah perkara melibatkan arena teknologi dan perniagaan. Jom langgan dan kongsikan bersama rakan anda yang lain. Episod baharu akan diterbitkan bermula Julai 2021.

#SembangLebat - Samsung Galaxy S21 Ibarat GalaxyS20s?

January 17, 2021 09:59 - 1 hour - 131 MB

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, dinamakan Samsung Galaxy S21. Pada podcast di Amanz kali ini, kami bersembang berkenaan penawaran Samsung terbaru ini, dan apakah menarik dan kurang menarik melaluinya.

MyID - Identiti Digital Kebangsaan?

January 12, 2021 11:48 - 14 minutes - 27.3 MB

SKMM sebelum ini sedia melakukan kajian untuk pelaksanaan MyID - sekaligus memudahkan pengguna mengunakan satu identiti untuk pelbagai tujuan. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan penggunaan dan konsepnya dalam kehidupan harian kita - dan sama ada ia relevan atau tidak.

Ramalan Teknologi 2021

January 03, 2021 13:29 - 26 minutes - 48.2 MB

Arena teknologi sering berkembang dengan pesat, termasuk di Malaysia. Pada video #SembangLebat ringkas awal tahun 2021 ini, kami membincangkan berkenaan sejumlah ramalan menarik yang dijangka hadir pada tahun 2021 ini.

Dunia Teknologi Sepanjang 2020

January 01, 2021 14:29 - 1 hour - 133 MB

Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua. Dalam video kali ini kami akan lebih membincangkan topik hangat yang berlaku sepanjang tahun 2020 seperti peralihan Apple daripada Intel, Scam paling terkenal iShare fans, Perang perdagangan kini melarut sehingga jenama DJI dan sebagainya. Tonton video penuh kami ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

#Menuju2021 – Kearah Resolusi Tinggi 8K

December 25, 2020 12:21 - 14 minutes - 26.1 MB

Dalam arena video, kita sedia melihat pelbagai kandungan kini ditawarkan pada resolusi mencapai 4K. Tetapi, bergerak kehadapan, beberapa penerbit media telah mula melihat kearah penstriman menggunakan resolusi lebih tinggi, iaitu 8K. Jadi, mungkinkah kita akan melihat kandungan 8K lebih popular pada tahun 2021 kelak?

#Menuju2021 - Kenderaan Elektrik

December 22, 2020 15:33 - 15 minutes - 29 MB

Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa kenderaan elektrik di pasaran tempatan, Bergerak ke 2021, kami menyasarkan arena kenderaan elektrik terus berkembang dengan positif, selain kita mungkin melihat integrasi sokongan swapandu asas pada lebih banyak kenderaan yang dijual di Malaysia. Pada #Menuju2021 kali ini, kami melihat kepada beberapa implementasi sokongan kenderaan elektrik, dan bagaimanakah perkembangannya untuk tahun 2021 kelak.

#Menuju2021 - Perang Konsol Semakin Parah

December 16, 2020 05:24 - 14 minutes - 26.3 MB

Tahun ini menyaksikan Sony dan Microsoft masing-masing memperkenalkan konsol generasi baru mereka, selain Nintendo turut memberikan cabaran melalui siri Switch. Menjelang 2021, pelbagai peralihan akan berlaku ke arena konsol generasi baru, dan pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan peralihan ini, dan perang dalam arena permainan video ini.

#Menuju2021 - Kenderaan Terbang Dan Dron Penghantaran Barangan

December 05, 2020 13:16 - 17 minutes - 32.2 MB

Kenderaan terbang bukan lagi oerkara yang mustahil yang pernah dibayangi manusia ketika zaman dahulu kala yang menggambarkan kenderaan akan menggunakan sayap seperti kapal terbang. Tahun 2020 kenderaan terbang menggunakan kipas yang lebih cekap dan senang untuk dibina. Dalam podcast kali ini kami akan membincangkan apa yang berlaku dengan kenderaan terbang dan dron penghantaran dan potensinya pada tahun 2021.

#SembangLebat - PlayStation 5, Beli Atau Tidak?

November 13, 2020 09:49 - 16 minutes - 29.7 MB

PlayStation 5 merupakan konsol terbaru daripada Sony yang telah pun diumumkan untuk pasaran Malaysia, dan akan dijual bermula 11 Disember 2020. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai konsol ini, dan sejumlah ciri yang disertakan bersama dengannya.

#SembangLebat – Masa Hadapan Ekosistem Mac Bersama Cip Berasaskan Arm

November 11, 2020 11:54 - 21 minutes - 39.6 MB

Apple pada hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Apple M1 – sekaligus turut memperkenalkan penawaran komputer berasaskan cip Arm ini. Ia turut akan menjadi ekosistem baru dibawah Apple, yang akan menggantikan penggunaan cip Intel pada komputer. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan peralihan terbaru Apple ini.

Perang Penstriman Video (Netflix, Nurflix, AppleTV+)

October 29, 2020 14:04 - 15 minutes - 28.5 MB

Perkhidmatan penstriman video merupakan antara perkhidmatan yang menerima perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan kini. Menjelang 2021, lebih banyak perkhidmatan penstriman baru dijangka akan tiba. Tetapi, adakah industri ini akan terus menyerlah dengan kehadiran pemain baru, atau lebih ramai akan terkorban pada tahun 2021 kelak?

#SembangLebat : Huawei Mate 40, Cip Kirin 5nm

October 28, 2020 09:41 - 22 minutes - 41.2 MB

Huawei pada minggu ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru dibawah siri Mate 40. Melalui #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkenaan penawaran siri telefon pintar terbaru Huawei, disamping penyertaan cip Kirin dengan binaan 5nm, dan juga penyelesaian perisian yang ditawarkan Huawei sebagai alternatif untuk GMS.

#SembangLebat - iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro Dan iPhone 12 Pro Max

October 14, 2020 16:05 - 40 minutes - 74 MB

Apple telah mengumumkan sejumlah peranti terbaru mereka dibawah siri iPhone 12, dimana sebanyak empat model ditawarkan, termasuk aksesori pengecasan nirwayar dibawah penjenamaan MagSafe. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai penawaran terbaru Apple untuk tahun 2020 ini.

Apple Silicon Adalah Masa Depan Komputer Mac

October 05, 2020 12:14 - 15 minutes - 27.6 MB

Apple telah pun mengumumkan penghasilan cip pemprosesan tersendiri, sekaligus akan menggantikan penggunaan cip Intel pada komputer dan peranti keluaran mereka. Cip daripada Apple tersendiri dinamakan Apple Silicon, dan ia akan memudahkan lagi Apple mengawal pengenalan ciri-ciri baru, dan pengoptimasian untuk komputer mereka. Pada episod #Menuju2021 yang ini, kami membincangkan berkenaan hala tuju Apple dengan Apple Silicon.

Menuju 2021 - Skrin Boleh-Lipat (Foldable Displays)

September 30, 2020 11:10 - 14 minutes - 27.4 MB

Menuju 2021 adalah siri yang membincangkan sejumlah teknologi yang dijangka akan terus popular pada 2021 kelak. Pada episod kali ini, kami membincangkan mengenai populariti skrin boleh-lipat yang telah mula dikomersialkan melalui beberapa telefon pintar terbaru, dan dijangka akan terus popular pada 2021 kelak.

Sembang Aksiz : Xbox Series X vs Xbox Series S

September 11, 2020 05:12 - 20 minutes - 37.5 MB

Microsoft pada minggu ini telah melakukan pengumuman lanjut mengenai konsol generasi baharu mereka iaitu Xbox Series X yang akan tiba pada 10 November dengan harga $499. Mereka juga mengumumkan satu lagi konsol iaitu Xbox Series S yang akan tiba pada tarikh yang sama dengan harga $299.

#SembangLebat : Spekulasi iPhone 12

August 26, 2020 09:22 - 29 minutes - 53.6 MB

Apple dijangka memperkenalkan iPhone generasi terbaru mereka, iaitu iPhone 12 sekitar bulan September atau Oktober ini. Ia dijangka membawa kepada beberapa perubahan, termasuk ciri-ciri baru bersama dengannya. Pada video #SembangLebat kali ini, kami membincangkan berkaitan apakah yang dijangka, dan mungkin kita lihat pada iPhone 12 ini.

#SembangLebat : Samsung Galaxy Note20 Dan Peranti Samsung Baru Yang Lain

August 06, 2020 15:49 - 51 minutes - 93.4 MB

Samsung telah pun mengadakan acara Unpacked kedua tahunan mereka, sekaligus memperkenalkan sejumlah peranti baru melaluinya. Mencuri perhatian ramai adalah Galaxy Note 20, selain tablet, jam tangan pintar, fon telinga nirwayar dan sebagainya. Pada #SembangLebat kali ini, kami membincangkan mengenai penawaran Samsung terbaru ini, dan apakah kelebihan dan kekurangan setiap produk berkenaan.