Amanz artwork

Amanz

237 episodes - Malay - Latest episode: about 1 month ago -

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

Technology
Homepage Apple Podcasts Google Podcasts Overcast Castro Pocket Casts RSS feed

Episodes

Serba Dinamik Semakin Susut

May 15, 2022 08:04 - 47 minutes - 44.1 MB

Harga saham Serba Dinamik hampir pudar dari papan saham utama di Bursa Malaysia. Sementara itu, debat politik mengetengahkan isu-isu padat dan hangat. Mat Pis dan Yem huraikan kesemuanya di sini.

Episod Raya! Selamat Hari Raya Dari Kami Di Podcast Amanz!

May 03, 2022 06:24 - 11 minutes - 10.3 MB

Episod hari raya ini menyaksikan Mat Pis dan Yem borak kosong di pagi raya! Enjoys you alls!

Netflix Hilang 1/3 Nilai, KJ Gesa Undang-Undang Anti-Rokok Segera Diluluskan

April 29, 2022 06:23 - 43 minutes - 40.3 MB

Saham Netflix terus merudum setelah nilai syarikat itu susut lebih 50% dalam masa sebulan. Syarikat itu dijangka akan membuang kakitangan untuk mengurangkan kos pentadbiran. Sementara itu, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menggesa agar parlimen segera meluluskan undang-undang anti-rokok bagi mereka yang lahir selepas tahun 2007 pada sidang bulan Julai ini. Mat Pis dan Yem merungkai isu-isu ini.

Huawei Jual Bon, Kenderaan EV Di China Terus Rancak

April 27, 2022 04:51 - 43 minutes - 40.2 MB

Syarikat telekomunikasi gergasi China Huawei, terus menjual bon untuk pacu pertumbuhan syarikat. Sementara itu, penjualan kenderaan EV di China terus rancak menyaksikan pertumbuhan mendadak kepada penggunaan kenderaan EV di sana. Teman Amanz mengkaji bagaimana lockdown di Shanghai mengakibatkan seluruh dunia merana. 

Microsoft Monopoli Lagi, Nokia Dan Ericsson Keluar Rusia, TikTok Semakin Menyemak

April 24, 2022 20:00 - 43 minutes - 40.4 MB

Taktik Microsoft untuk tawan pasaran Awan sekali lagi membawa tohmahan yang mereka adalah monopoli. Sementara itu, Nokia dan Ericsson keluar dari pasaran Rusia, sekaligus membawa isu siapa yang akan bina internet di negara itu? Teman Amanz persoalkan isu diagnosis menyendiri yang semakin menyemakkan isu kesihatan mental di platform itu. Mat Pis dan Yem menghuraikan isu-isu ini bersama.

GoTo Dari Indonesia Kongsi Saham Bersama Pemandu

April 22, 2022 03:24 - 40 minutes - 37.3 MB

Syarikat teknologi gergasi GoTo, hasil gabungan Gojek dengan Tokopedia berkongsi saham bersama pemandu dan partner mereka. Langkah ini memberikan kesan positif terhadap bagaimana syarikat-syarikat gergasi teknologi di rantau ini mengagihkan pulangan kepada stakeholder mereka. Selain itu, ini memberikan peluang kepada golongan B40 Indonesia untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka di pasaran ekuiti pasaran tempatan. Mat Pis dan Yem mengolah.

Elon Musk Ada Pelan Besar Di Twitter, China Semak Algoritma Syarikat Teknologi

April 20, 2022 03:00 - 38 minutes - 35.3 MB

Elon Musk tawar untuk beli Twitter sebanyak USD43 bilion. Sementara itu, kerajaan China buat semakan ketara terhadap algoritma yang syarikat-syarikat China sedang gunakan sekarang. Mat Pis dan Yem mengulas.

Binance Suntik Pelaburan Dalam MX Global Sdn Bhd

April 17, 2022 20:55 - 37 minutes - 34.4 MB

Binance, serta Cuscapi, Suntik Pelaburan Dalam MX Global Sdn Bhd. Sementara itu, Dubai teruskan usaha untuk menarik minat pelabur kripto ke bandaraya itu. Mat Pis dan Yem merungkai isu ini secara mendalam.

Pelaksanaan 5G Mungkin Lewat, Apa Lagi Masalah Kali Ini?

April 13, 2022 01:12 - 44 minutes - 84.2 MB

Pelaksanaan 5G di Malaysia secara menyeluruh dan aktif oleh semua syarikat telekomunikasi mungkin masih sedikit lambat lagi, kata Kementerian Komunikasi. Syarikat telekomunikasi, Digital Nasional Berhad, serta SKMM dijangka akan dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang memuaskan semua pihak mejelang Jun 2022 kelak. Mat Pis dan Yem mengupas isu ini.

CEO Syarikat Vaksin Dapat Gaji RM100Juta Ke Atas

April 10, 2022 00:22 - 35 minutes - 66.5 MB

Laporan menunjukkan bahawa ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat vaksin, seperti Pfizer, Moderna, dan Johnson & Johnson mendapat gaji melebihi RM100 juta ke atas setiap seorang. Adakah ini adil dan mampukah ini membantu bukan sahaja industri pemvaksinan, atau adakah ini tindakan tamak sebuah industri yang mengambil peluang terhadap pasaran? Mat Pis dan Yem bincang.

Elon Musk Pemegang Saham Terbesar Twitter, MySejahtera Terus Dibelenggu Masalah

April 06, 2022 05:34 - 39 minutes - 74.2 MB

Elon Musk telah menjadi pemegang saham terbesar di Twitter. Susulan itu, beliau dilantik menjadi lembaga pengarah syarikat itu. Sementara lagi, MySejahtera masih dibelenggu masalah kronik apabila pemegang saham aplikasi itu saman beberapa lembaga pengarahnya untuk keluar dari syarikat itu. Teman Amanz mengkaji inisiatif MOSTI untuk bantu cipta 5 syarikat pemula menjadi unicorn.

Gaji Minima Bukan Yang Dimimpikan Semua Pihak

March 26, 2022 18:00 - 38 minutes - 35.6 MB

Kerajaan akan mengenakan gaji minima RM1,500 dalam jangka masa terdekat ini. Beberapa pertubuhan syarikat telah memprotes tindakan ini, manakala beberapa pakar ekonomi mengulas RM1,500 ini masih tidak cukup untuk sara kehidupan harian di bandar. Apakah nasib pekerja setelah dasar ini akan dijadikan undang-undang? Mat Pis dan Yem mengulas. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, ...

Apa Lagi Pasal 5G SWN Ini?

March 24, 2022 08:06 - 42 minutes - 39.2 MB

Pelan 5G kini dikongsi dengan MNO dan DNB. Tetapi beberapa penganalisis telahpun memberi pandangan bahawa ini tidak mampu selesaikan masalah Risiko Provider sekiranya satu-satunya rangkaian 5G ini ditawarkan oleh satu pemberi sahaja. Mat Pis dan Yem cuba mengupas isu 5G ini yang semakin hari semakin gering topiknya. Sementara itu, KWSP tawarkan pengeluaran buat kali keempat. Apakah implikasinya kepada orang ramai.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan...

TNB Dan PLUS Buat Pengecas EV Di Lebuhraya Utara-Selatan

March 17, 2022 17:00 - 38 minutes - 35.6 MB

Tenaga Nasional Berhad dan PLUS telah mengumumkan pelan untuk meletakkan beberapa pengecas untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan dalam jangka masa terdekat ini. Selain itu, Facebook akan diharamkan di Rusia, sebuah negara yang sekian lama telah menggunakan platform itu untuk menyebarkan berita nyahpalsu. Teman Amanz kali ini membuka topik Tik Tok Shop dan implikasinya terhadap dunia e-commerce. Mat Pis dan Yem merungkai isu-isu ini. Podcast ini disokong oleh Sapur...

PRN Johor Selesai? 5G DNB, Fasa Endemik Diumum

March 16, 2022 15:58 - 49 minutes - 46.3 MB

Pilihanraya Johor telah selesai, namun terdapat ketidakstabilan yang terus berlaku di negeri Darul Makmur itu. Selain itu, isu 5G semakin hangat dan bagaimana DNB serta MNO yang lain akan cuba menyelesaikan permasalahan ini? Mat Pis dan Yem bincang. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh m...

CNN+ Bakal Ke Udara Tidak Lama Lagi

March 09, 2022 23:08 - 36 minutes - 33.6 MB

CNN+, perkhidmatan penstriman berbayar dari CNN bakal ke udara tidak lama lagi. Mat Pis dan Yem cuba mengolah implikasi perkhidmatan ini kepada dunia penstriman. Sementara itu, Temasek teruskan melabur dalam industri tekhijau. Teman Amanz pula cuba menanyakan tentang CIMB dan pelanggan mereka untuk saman bank itu akibat CIMB Clicks. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari...

Saham Grab Terus Menjunam, Sementara Semikonduktor Terus Tersekat

March 08, 2022 08:28 - 42 minutes - 39 MB

Saham Grab menjunam sehingga di bawah paras 37% di atas kerugian yang semakin bertambah. Sementara itu, sektor semikonduktor terus menghadapi kesukaran yang ketara akibat peperangan Rusia-Ukraine. Mat Pis dan Yem menghuraikan impak ini kepada sektor teknologi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mi...

Rusia Gunakan Crypto Untuk Atasi Sekatan Ekonomi, DuckDuckGo Pilihan Penyokong Rusia

March 02, 2022 17:00 - 39 minutes - 73.8 MB

Rusia sedang dikenakan tindakan sekatan ekonomi yang ketara oleh barat akibat tindakan mereka mencerobohi Ukraine. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana negara itu sedang menggunakan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum untuk atasi kekangan sekatan ekonomi ini. Selain itu, mereka bincang bagaimana DuckDuckGo menggantikan Google sebagai enjin pencari bagi mereka yang menyokong tindakan Rusia. Teman Amanz merungkai mengapa wujud sesetengah pihak yang menyokong Rusia. Podcast ini disokong ...

Kenapa Putin Mahukan Ukraine Dan Bagaimana Ini Impak Malaysia

February 28, 2022 06:35 - 38 minutes - 71.8 MB

Presiden Rusia telah mengarahkan tentera negaranya untuk memasuki Ukraine. Pergolakan ini menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan tentang apakah sebab utama Rusia inginkan Ukraine. Mat Pis dan Yem menjawab persoalan ini, dan menerangkan bagaimana ia akan memberi impak kepada Malaysia dan dunia teknologi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com...

DAZN Meraih Dana USD 4 Bil. Meta Hilang Kedudukan Tempat 10 Syarikat Terbesar Di Dunia

February 24, 2022 17:00 - 42 minutes - 39.4 MB

Perkhidmatan penstriman lansung sukan DAZN, mencuba untuk selamatkan firmanya dengan mengumpul dana modal. Mat Pis dan Yem cuba mencari jawapan terhadap isu pokok sebenar mengapa perkhidmatan penstriman lansung sukan seperti DAZN sangat sukar untuk terus berkhidmat. Teman Amanz persoal mengapa Meta terus hilang posisi modal pasaran dunia. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, ...

MNO Cadang Tubuh Satu Lagi Rangkaian 5G

February 22, 2022 14:37 - 46 minutes - 42.6 MB

Celcom, Maxis, uMobile dan Digi telah bentangkan cadangan untuk tubuhkan sebuah lagi rangkaian 5G, yang akan berjalan serentak dengan rangkaian 5G yang dikendalikan oleh DNB. Sekaligus menubuhkan Dual Wholesale Network. Mat Pis dan Yem terangkan implikasinya terhadap impak kepada pengguna, dan juga negara. Teman Amanz kaji persoalan terhadap usul yang dibawa oleh YB Ong Kian Ming kepada DNB. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ing...

Binance Beli Forbes, Tutup Mulut Media Atau Luaskan Pengaruh?

February 19, 2022 17:00 - 39 minutes - 36.4 MB

Pusat Dagangan Kripto (Digital Asset Exchange) terbesar di dunia, Binance, dilaporkan akan membeli akhbar perniagaan terkemuka Amerika Syarikat - Forbes. Adakah ini langkah untuk menutup mulut estet keempat, atau meluaskan pengaruh Binance ke mata ahli perniagaan di sana? Mat Pis dan Yem huraikan bersama. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my u...

Malaysia Negara Paling Ketagih Telefon Di Dunia

February 17, 2022 07:52 - 49 minutes - 45.8 MB

Digital Nasional Berhad, kini tidak lagi menyokong telefon pintar Samsung. Selain itu, sebuah laporan telah menunjukkan bahawa Malaysia ketagih telefon tertinggi di dunia. Adakah ini sesuatu yang buruk, ataupun ada hikmat disebaliknya? Mat Pis dan Yem berbincang.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapur...

Perodua Ingin Bina Kenderaan Elektrik (EV) Termurah Di Pasaran

February 10, 2022 14:21 - 36 minutes - 68.5 MB

Perodua kini sedang dalam proses kajian, dan pembangunan berkenaan kenderaan elektrik. Perodua mengatakan mereka bukan sekadar ingin membangunkan kereta elektrik seperti yang lain, tetapi juga akan memastikan kereta elektrik keluaran mereka adalah pada harga mampu milik. Mat Pis dan Yem bincang mengapa ini akan menggemparkan pasaran tempatan. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua aca...

Facebook Hilang Nilai Sebesar KDNK Malaysia!

February 08, 2022 01:12 - 51 minutes - 47.9 MB

Facebook telah susut nilai seharian paling besar dalam sejarah korporat dunia, setelah susut AS$210 bil. Ini hampir sebesar dengan KDNK Malaysia, atau Singapura, atau Filipina. Mat Pis dan Yem huraikan apa yang menyebabkan penyusutan ini, dan juga apa implikasinya kepada kita. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, ba...

Proton Edar Smart, Bila Proton Masuk Dunia EV?

February 03, 2022 03:00 - 31 minutes - 29.3 MB

Apple didenda di Netherlands kerana isu hak cipta. Di Malaysia pula, PROTON telah menandatangi sebuah perjanjian Memorandum Of Agreement (MOA) dengan pembikin kerata elektrik premium (EV) smart Automobile Company. Adakah ini langkah pertama syarikat pembikin kereta itu memasuki dunia EV? Teman Amanz pula mengupas mengapa Elon Musk begitu taksub dengan planet Marikh? Mat Pis dan Yem huraikan bersama. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, ...

Geely Beli Meizu, Tetapi Adakah Apple Beli Peloton?

January 31, 2022 03:00 - 37 minutes - 35 MB

Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dilaporkan akan membeli syarikat pembuat peranti telefon China Meizu Technology. Tujuan pembelian ini adalah untuk syarikat kereta itu memasuki dunia teknologi dan peranti. Di Amerika Syarikat pula, Apple mungkin akan mengorak langkah untuk membeli syarikat pembuat kandungan sukan dan alat sukan Peloton. Teman Amanz bertanyakan tentang nasib pekerja AirAsia setelah syarikat penerbangan itu disenaraikan sebagai PN 17 oleh Bursa Malaysia. Mat Pis dan Yem meng...

Netflix Raih 222 Juta Pelanggan Berbayar, Apakah Implikasi Terhadap Industri Penstriman?

January 27, 2022 16:00 - 35 minutes - 32.6 MB

Pengguna Netflix mencapai 222 juta lebih pelanggan secara global. Apakah implikasi terhadap dunia penstriman? Sementara itu, Teman Amanz mengkaji persoalan yang agak serius.... isu 'whitleblower' dan mampukah teknologi membantu isu ini? Mat Pis dan Yem huraikan. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura ...

Kenapa Samsung Bina Telefon Kamera 50MP? Apa Strategi Sebenar Di Sini?

January 26, 2022 06:00 - 39 minutes - 36.6 MB

Ant Group milik Jack Ma hadapi skandal korupsi oleh kerajaan China. Apa disebalik isu sebenar di sini. Sementara itu, Samsung akan lancar telefon pintar A23 yang akan dibekalkan dengan kemera sebesar 50 Mega pixel. Kenapa strategi ini digunapakai? Mat Pis dan Yem huraikan isu-isu ini. Teman Amanz menanyakan tentang 'connected fitness' dan masa depan isu ini.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen...

Apple Dan Google 'Berperang' Dengan Kerajaan AS

January 23, 2022 03:16 - 29 minutes - 27.4 MB

Apple and Google tidak setuju dengan Rang Undang-Undang Antitrust kerajaan Amerika Syarikat. Mereka ingin 'berperang' bersama mereka untuk memastikan undang-undang ini tidak diluluskan. Sementara itu, Starbucks mengembangkan sayap mereka ke dunia atas talian dengan membina hubungan perniagaan bersama pelbagai bisnes lain. Ikuti perbincangan ini bersama Mat Pis dan Yem. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk ...

Mengapa Indonesia Menamakan Ibu Kota Mereka Begitu?

January 22, 2022 11:00 - 39 minutes - 36.6 MB

Indonesia telah menamakan ibu kota baharu mereka sebagai Nusantara. Mengapa mereka memilih nama itu? Mat Pis dan Yem huraikan isu ini. Sementara itu, Microsoft beli Activision Blizzard, dan untuk Teman Amanz, wujud persoalan tentang apakah implikasi terhadap pembangunan kenderaan elektrik (EV) apabila TNB ingin memulakan stesyen charging untuk EV. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa ju...

Tencent Beli Black Shark, Gmail Lepas 10 Bil Muat Turun

January 20, 2022 00:00 - 17 minutes - 32.4 MB

Syarikat gergasi dari China ingin membeli Black Shark. Apakah tujuan pembelian ini? Gmail pula telah melangkaui jumlah muat turun 10 bilion. Ini lebih dari populasi dunia, iaitu sekitar 7 bilion orang. Mat Pis merungkaikan isu-isu ini secara mudah dan pantas. Teman Amanz kali ini pula menyentuh tentang isu Elizabeth Holmes dari Theranos. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, l...

China Larang Semua Lesen Musik Digital. Apakah Makna Apple Bernilai 3 Trillion?

January 18, 2022 11:00 - 41 minutes - 38.7 MB

China telah melarang lesen musik digital dari diberikan. Ini memberi implikasi negatif terhadap industri teknologi dan juga musik di negara itu. Tencent Music adalah yang paling terjejas susulan larangan ini. Selain itu, Teman Amanz merungkai isu Apple, melangkaui modal pasaran bernilai lebih $3 trillion. Apakah ertinya jika sebuah syarikat seperti Apple dinilaikan sebegitu tinggi? Ikuti perbincangan Mat Pis dan Yem sekarang. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan...

Pendapatan Huawei Susut 30%, Tetapi Akan Lancar Kereta Pintar

January 16, 2022 10:29 - 39 minutes - 36.3 MB

Pendapatan Huawei telah susut lebih 30% bagi tahun 2021 susulan embargo kerajaan Amerika Syarikat terhadap syarikat-syarikat dari China. Tetapi dalam pada masa sama, Huawei juga dijangka akan mengumumkan kereta pintar elektrik dalam jangka masa terdekat. Adakah ini mampu untuk melonjakkan pendapatan mereka bagi tahun 2022? Mat Pis dan Yem rungkai isu ini. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen ata...

Mencari makna untuk dunia teknologi bagi tahun 2022

January 07, 2022 01:29 - 37 minutes - 70 MB

Mat Pis dan Yem merungkai implikasi dan perkembangan dunia teknologi bagi tahun 2021, dalam episod khas ini. Baik dan buruk sepanjang tahun lepas, dan membuat beberapa ramalan untuk tahun 2022. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.

Episode Tahun Baharu 2022 - Ada apa dengan 6G?

January 02, 2022 08:33 - 44 minutes - 82.4 MB

Di Korea Selatan, teknologi 6G diperlihatkan kepada awam. Manakala di Malaysia, isu 5G terus diperdebatkan di antara pemain-pemain tempatan. Teman Amanz kali ini mengupas isu kenapa kita akan pergi, andaikata, Twitter dipaksa tutup di negara kita. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh mem...

Drama DNB Diteruskan Lagi, Kini Telco Mahukan Penyedia 5G Kedua Selain DNB

December 16, 2021 00:07 - 42 minutes - 39.5 MB

Drama Digital Nasional Berhad (DNB) diteruskan lagi setelah syarikat-syarikat telco mahukan kerajaan untuk wujudkan penyedia 5G kedua selain DNB, seperti dilaporkan oleh Reuters. Axiata, Maxis, DiGi.com, dan uMobile mahukan ini, manakala YTL tidak menyokong langkah ini. TM dilaporkan berada di posisi neutral. Sementara itu, Discord Servers mungkin menjadi pemangkin untuk mewujudkan komunikasi dua-hala bagi syarikat media tempatan untuk tahun 2022. Semuanya, di Podcast Amanz bersama Mat Pis d...

RFID Di Semua Plaza Tol PLUS Pada Awal 2022

December 14, 2021 15:36 - 42 minutes - 39.7 MB

PLUS telah pun mengintegrasikan sokongan RFID pada beberapa plaza tol hari ini. Kini, berkongsi lanjut berkenaan dengannya, pihak PLUS mengatakan mereka akan mengintegrasikan ciri RFID pada semua plaza tol dengan sekurang-kurangnya satu laluan perjalanan pada awal 2022. Sementara itu, Vox Media akan bergabung dengan Group Nine untuk menjayakan syarikat digital media berpendapatan US$700 juta setahun. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Clou...

DNB Kini Tawar 5G Secara Percuma Kepada Telco. Kenapa?

December 12, 2021 04:27 - 51 minutes - 47.4 MB

Digital Nasional Berhad (DNB) telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan perkhidmatan borong 5G secara percuma kepada syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi (Telco) sepanjang tempoh ujian ini. Sehingga kini, tiada lagi Telco yang telah menandatangani perjanjian untuk membeli secara borong 5G Single Wholesale Network dari DNB.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua a...

Robert Kuok dan Teh Hong Piow Susut Carta Orang Terkaya Dunia, TM Jalin 5G Bersama DNB

December 06, 2021 16:03 - 52 minutes - 48.2 MB

Robert Kuok dan Teh Hong Piow susut di senarai jutawan terkaya dunia susunan Forbes. Ramai yang meningkat kududukan datang dari sektor teknologi, seperti Elon Musk, Jeff Bezos, dan Mark Zuckerberg. Sementara itu, TM mengesahkan telah setuju untuk melakukan ujian 5G bersama DNB, tetapi tidak mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian untuk membeli saluran rangkaian 5G dari syarikat itu. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Clo...

Grab Tersenarai Di NASDAQ! Apa Yang Bagus, Dan Apa Masih Kurang?

December 05, 2021 14:27 - 40 minutes - 37.3 MB

Grab telah pun disenaraikan di NASDAQ. Tetapi mereka memulakan hari pertama dagangan dengan nilai harga saham syarikat itu susut. Mat Pis dan Yem merungkai apa yang baik dan apa yang buruk tentang penyenaraian Grab di NASDAQ ini. Selain itu, Didi Chuxing akan meninggalkan pasaran Amerika Syarikat dengan menyahnaraikan saham mereka di sana, dan akan beralih ke pasaran saham Hong Kong. Apa yang menyebabkan perkara ganjil ini berlaku? Ikuti perbualan Mat Pis dan Yem. Podcast ini disokong oleh...

Perkataan Bagi Tahun 2021 Adalah - NFT

November 29, 2021 04:54 - 51 minutes - 47.7 MB

Syarikat pembuat cip terbesar di dunia - Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) akan meluaskan perniagaan mereka ke Eropah Timur. Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dunia (PBB) mengumumkan sebuah kerangka kawal selia untuk Kecerdasan Buatan (AI). Teman Amanz kali ini akan merungkai isu NFT.  Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraprope...

SKMM Tetapkan Syarat Kepada DNB, Mufti Haramkan Curi Kandungan

November 27, 2021 14:06 - 47 minutes - 43.5 MB

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menetapkan beberapa syarat kepada Digital Nasional Bhd (DBB) berkaitan dengan 5G. Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan hukum asal bagi membeli dan menggunakan Android Box adalah harus. Tetapi ia menjadi haram apabila ia digunakan untuk mengakses sejumlah kandungan berbayar dengan cara yang salah. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa t...

EA Sports dan FIFA Mungkin Cerai, Apple Car Seawal 2025

November 23, 2021 04:05 - 48 minutes - 91.3 MB

EA Sports dan FIFA mungkin tidak akan perbaharui kontrak kerjasama mereka apabila ia tamat pada pertengahan tahun 2022 (selepas Piala Dunia Qatar). Ini akan akhiri permainan terkenal seluruh dunia iaitu FIFA 22 dan versi-versi awal yang lain. Selain itu, Apple mungkin akan perkenalkan kereta keluaran mereka seawal tahun 2025. Ikuti perbincangan Mat Pis dan Yem tentang perkara-perkara ini dan lain-lain lagi. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud K...

Keuntungan Alibaba jatuh pertama kali dalam lima tahun

November 22, 2021 08:00 - 39 minutes - 73.4 MB

Buat pertama kali dalam lima tahun, keuntungan Alibaba jatuh mendadak. Tetapi pelaburan syarikat itu di dalam awan dan penghantaran meningkat. Sementara itu, Huawei meluaskan perniagaan awan mereka di Asia, dan untuk Teman Amanz, Mat Pis dan Yem menjawab soalan tentang implikasi 'Apple Self-Repair Program'. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my...

Apa Sudah Jadi Di Melaka?

November 21, 2021 06:31 - 35 minutes - 66.3 MB

Pilihanraya Negeri Melaka 2021 membuahkan beberapa hasil yang tidak dijangkakan. Mat Pis dan Yem mengolah kembali apa yang terjadi di Melaka, dan bagaimana ini memberikan implikasi terhadap dunia perniagaan dan teknologi di Malaysia. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk me...

Paramount+ mula mengganas, 11.11 makin malap

November 18, 2021 03:09 - 54 minutes - 101 MB

Perang penstriman akan menjadi semakin hangat tahun 2022 dengan Paramount+ akan ke dilancarkan ke peringkat global di awal 2022. Sementara itu, jualan 11.11 peringkat dunia sangat malap bagi tahun 2021. Manakala Teman Amanz pula menggariskan kepentingan Indonesia di rantau ini susulan Presiden Jokowi mempelawa Elon Musk untuk mengasaskan 'pelabuhan angkasa' di negara itu. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak unt...

Pharmaniaga Hantar Ubat Menggunakan Dron

November 17, 2021 00:57 - 45 minutes - 86 MB

Pharmaniaga sedang menjalankan ujian menggunakan dron dalam menghantar ubat. Selain itu, Mat Pis dan Yem membincangkan tentang perkembangan terkini tentang Astro yang membolehkan pengguna menonton Netflix, Disney+ Hotstar dan lain-lain lagi menggunakan kotak Astro. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapu...

Siapakah Lima Pembuat Telefon Terbesar Di Dunia? Mengapa Urutan Mereka Begitu?

November 10, 2021 04:25 - 1 hour - 116 MB

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Canalys telah memetakan lima pembuat telefon terbesar di dunia. Tetapi mengapa urutan mereka begitu? Dan kenapa Apple, walaupun tidak menakluki pasaran secara gah, mengapa mereka bernilai AS$2 Trillion? Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu syarikat-syarikat China, samada mereka boleh memebekalkan pasaran dengan nilai perkhidmatan yang sama taraf dengan tawaran syarikat teknologi barat. Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan p...

Ada Apa Dengan Meta?

November 04, 2021 04:19 - 57 minutes - 107 MB

Mat Pis dan Yem bincang tentang penukaran nama Facebook kepada Meta. Adakah isu mereka selesai dengan pengubahan nama ini? Juga dalam episode kali ini, AT&S akan melabur RM8.5bil sepanjang tempoh empat tahun untuk kembangkan perniagaan mereka di Malaysia, apakah implikasi kepada jumlah pekerjaan yang akan dicipta oleh mereka di negara ini? Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan pengusaha vape, ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konv...