"Mengapa Kebodohan Masih Membebani Umat Islam?"

Muslim umumnya setuju dan menganggap agama mereka, Islam, sebagai agama yang mengutamakan ilmu.

Bahkan, majoriti umat Islam mengetahui bahawa ayat pertama yang diwahyukan adalah IQRA, simbol pentingnya ilmu. Seharusnya, dengan menjadi Muslim, masalah ilmu selesai.

Namun, mengapa masalah kebodohan masih menjadi isu utama kita? Bahkan di zaman yang sangat mudah untuk tahu seperti hari ini, kejahilan berleluasa sebagai wabak?

Dahulu, bentuk kejahilan mudah diatasi. Kebodohan adalah hasil dari ketidaktahuan, dan solusinya sederhana: informasi. Jika kita tidak tahu, kita cari maklumat, lalu menjadi tahu.

Namun, sekarang ini, kebodohan telah menjadi beban yang berlapis-lapis.

Kita menjadi bingung, tahu sebahagian sebagai serpihan, tahu sedikit tetapi rasa tahu banyak dan bahkan tidak tahu apa yang perlu diketahui. Kita mendakwa sudah memahami IQRA. Namun, apakah mungkin kita sebenarnya belum sepenuhnya memahami?

Mungkinkah kita belum faham apa sebenarnya yang Allah swt mahu kita ambil daripada perintah IQRA itu?

Jika hanya ilmu agama yang penting, ayat kedua surah al-'Alaq itu sudah menuntut kita memahami berbekalkan ilmu yang hari ini bukan dalam kategori ilmu agama?

"Dia menciptakan manusia daripada seketul daging yang tergantung?"

Apa implikasinya apabila ilmu matematik dan fizik, disingkir daripada senarai ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi alim?

Apa sejarahnya di abad ke-17 Istanbul selepas Balai Cerap Taqi al-Din Muhammad ibn Ma’ruf dirobohkan?

Saya ingin menjemput sahabat melabur 12 minit masa anda untuk membincangkan hal yang kritikal ini. Terima kasih.

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message