Islamikkah sebuah sistem pendidikan jika sendi-sendi yang mengoperasikan pendidikan itu bersalahan dengan prinsip-prinsip Islam?

Misalnya:

Katakanlah kaedah peperiksaan yang kita pakai meletakkan keputusan bergantung kepada markah peperiksaan akhir tahun. Seorang murid yang cemerlang sepanjang tahun mendapat markah rendah kerana semasa peperiksaan akhir tahun beliau kurang sihat dan ada masalah keluarga. Akibatnya, dia kehilangan peluang mendapat biasiswa. Adakah keadaan itu selari dengan Islam yang mengharamkan kezaliman? Apakah ada kaedah peperiksaan lain yang lebih menepati prinsip Islam?

Jika guru dibebankan dengan tugas yang bukan tugasnya sebagai seorang guru, tidakkah ia menyalahi hukum ijab kabul yang kita kenal dalam muamalat Islam? Jika dalam muamalat ada isu riba, gharar, dan sebagainya, apakah ijab kabul guru semasa menandatangi surat perlantikannya sebagai seorang guru?

Iltizam dengan Islam menuntut kita mengkritik sistem pendidikan bukan semata-mata kerana kita tidak kompetetif berbanding negara lain.

Tetapi kita akan disoal di hadapan Allah swt di Akhirat bukan hanya perihal solat, malah termasuk hal seperti ini.

Jika kerja kita mendatangkan mudarat dan aniaya kepada murid, tiadakah dosa dan pahala tercatat di situ?

Setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan mengenai kerja-kerjanya.

#ISUPENDIDIKAN #PENDIDIKAN #MUHASABAH

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message