𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗞𝗔𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗖𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡

"Kalaulah ayat-ayat awal yang turun adalah larangan minum arak dan larangan berzina, nescaya orang ramai akan berkata kami tidak akan berhenti minum arak selama-lamanya, dan kami tidak akan meninggalkan zina sama sekali..." itu teguran Umm al-Mu'minin Aishah r.a. kepada lelaki Iraq berkenaan. Beliau gusarkan hal-hal yang bukan keutamaan di dalam Islam.

Jika kita maklum betapa pentingnya iman dibina terlebih dahulu agar hukum hakam ada daya melaksanakannya, mengapa perkara ini tidak mempengaruhi pandangan kita terhadap orientasi pendidikan dan keberagamaan kita hari ini?

Andai Islam diperkenalkan sebagai do's and don'ts, kemudian akidah pula menjadi maklumat kering sebagai factual knowledge yang tidak menjawab cabaran semasa yang kita hadapi, kita boleh berdebat dan berbalah tentang hal-hal agama tanpa kesudahan.

Sangka kita, semangat dan kesibukan itu adalah usaha agama, tetapi kita hanyut dalam senario keberagamaan yang kehilangan Tuhan.

يُوسُفُ بْنُ مَاهَكَ، قَالَ إِنِّي عِنْدَ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ ـ رضى الله عنها ـ إِذْ جَاءَهَا عِرَاقِيٌّ فَقَالَ أَىُّ الْكَفَنِ خَيْرٌ قَالَتْ وَيْحَكَ وَمَا يَضُرُّكَ قَالَ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَرِينِي مُصْحَفَكِ. قَالَتْ لِمَ قَالَ لَعَلِّي أُوَلِّفُ الْقُرْآنَ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُقْرَأُ غَيْرَ مُؤَلَّفٍ. قَالَتْ وَمَا يَضُرُّكَ أَيَّهُ قَرَأْتَ قَبْلُ، إِنَّمَا نَزَلَ أَوَّلَ مَا نَزَلَ مِنْهُ سُورَةٌ مِنَ الْمُفَصَّلِ فِيهَا ذِكْرُ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ حَتَّى إِذَا ثَابَ النَّاسُ إِلَى الإِسْلاَمِ نَزَلَ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ، وَلَوْ نَزَلَ أَوَّلَ شَىْءٍ لاَ تَشْرَبُوا الْخَمْرَ. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الْخَمْرَ أَبَدًا. وَلَوْ نَزَلَ. لاَ تَزْنُوا. لَقَالُوا لاَ نَدَعُ الزِّنَا أَبَدًا. لَقَدْ نَزَلَ بِمَكَّةَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَإِنِّي لَجَارِيَةٌ أَلْعَبُ {بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ} وَمَا نَزَلَتْ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَالنِّسَاءِ إِلاَّ وَأَنَا عِنْدَهُ. قَالَ فَأَخْرَجَتْ لَهُ الْمُصْحَفَ فَأَمْلَتْ عَلَيْهِ آىَ السُّوَرِ

https://sunnah.com/bukhari:4993

Buku Beragama Yang Kehilangan Tuhan: Kembara Ibrah Surah al-Kahf diterbitkan oleh Abideen Books mengulas perkara ini. Dapatkan di https://ibrah.hasrizal.com

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message