Artificial intelligence seperti Chat GPT mempamerkan kemampuannya belajar, memenuhi permintaan dan menghasilkan keputusan dalam bentuk produk yang cemerlang. Cara ia belajar dan menghasilkan kerja, menjadi renungan kepada saya untuk menjadikannya sebagai analogi untuk membantu kita memahami persoalan Qadha dan Qadar.

حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏ "‏ إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ لَهُ اكْتُبْ فَجَرَى بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ ‏"‏

Al-Walid bin Ubadah bin As-Samit berkata beliau mendengar bapanya meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya makhluk pertama yang dicipta oleh Allah ‘Azza wa Jalla adalah pena (al-Qalam). Maka Allah berkata kepadanya, TULISLAH! Pena bertanya, “wahai Tuhanku apakah yang patut aku tulis? Allah menjawab, “Tuliskan al-Qadar” maka pena terus menerus menulis pada ketika tentang apa yang telah termaktub untuk selama-lamanya”

(Jami` at-Tirmidhi 3319)

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message