Soalan yang diajukan sesama kita umat Islam ialah “Hamas ini tak ada buat salah ke?” Dan “kalau jika Hamas ada buat salah mengapa kesalahan Hamas itu tidak ditegur?”


Kita mungkin khuatir bukan Muslim akan memberikan tanggapan seolah olah kita umat Islam ini bias berpihak kepada Hamas, walaupun Hamas melakukan kesalahan dan mengecam Zionis semata mata kerana Zionis itu by default adalah jahat dan salah, tidak objektif dalam menilai apa yang berlaku.



Pertanyaan itu relevan dan penting. Cuma kita perlu berhati-hati kerana selain daripada soalan itu, cara kita hendak menjawabnya juga penting untuk mengelak daripada apa yang disebut sebagai red herring, hilang fokus, bila ada satu perkara yang menarik perhatian, tumpuan kita beralih daripada fokus utama kepada membincangkan isu serpihan tadi. Ia boleh terjadi secara tidak sengaja, boleh berlaku dengan disengajakan oleh mereka yang berkepentingan.


Propaganda seperti ini bukan merupakan perkara yang baru di dalam dunia moden. Pada hari ini kita dapat melihat bagaimana beberapa teladan daripada al Quran boleh dijadikan sebagai panduan untuk memahami apa yang berlaku. Kita boleh meninjau kembali kepada sirah Nabi Musa alaihi Wassalam.


Artikel penuh di blog www.saifulislam.com

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message