Benarkah jika kita tidak kongsikan foto dan video ngeri daripada medan peperangan di Gaza, di Palestin, bermakna kita tidak prihatin dan simpati kepada saudara-saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis di sana?


Persoalan ini tidak masuk akal.


Pertamanya, perbincangan yang saya timbulkan beberapa hari yang lalu tidak langsung mempertikaikan kepentingan untuk foto dan juga video disebarkan. Ia penting dan ia adalah apa yang diperjuangkan oleh antaranya wartawan-wartawan yang berani memposisikan diri mereka di tengah-tengah konflik untuk menyampaikan kepada dunia apa yang sedang berlaku.


Fokus kita hanya kepada foto yang grafik, mengerikan, visual budak-budak terbakar, kepala terputus dan yang seumpama dengannya. Kita memikirkan kesannya kepada sesetengah anggota masyarakat. Kita ada hasrat, dan benarkah berkongsi foto dan video sebegitu menyampaikan kita kepada hasrat yang dihajatkan?


Jika ada di kalangan anggota masyarakat yang tidak rasa apa-apa, tidak ada masalah. Tetapi perhatian khusus kita adalah kepada kanak-kanak. Kajian-kajian menunjukkan ada kesan yang kita tidak mahu, telah terjadi.


Justeru, kita timbulkan perbincangan tempoh hari untuk menjadi panduan.Artikel penuh di blog :


⁠https://saifulislam.com/2023/11/foto-dan-video-dari-gaza-tak-kongsi-maknanya-tak-simpati/⁠

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message