๐—™๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—–๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต
Sungguh menghairankan apabila orang-orang agama berusaha keras untuk menjustifikasikan bahasa kasar dan kesat di dalam ceramah dengan alasan ini adalah bahasa biasa di daerah di mana kami berada, dan di negeri di mana kami berasal. Tradisi keilmuan ulama kita di Tanah Melayu di Nusantara, bukan perkara baru. Namun dahulukala, kita tidak jumpa masyaikh dan tok-tok guru kita menggunakan bahasa-bahasa demikian dalam ucapan ataupun tulisan mereka. Mereka tidak menggunakan bahasa kesat ketika menyampaikan agama.
Sesuatu yang mungkin orang ramai kurang faham kerana tidak mengalaminya ialah ujian di meja penceramah. Apabila kita duduk di meja ceramah, bermulalah satu ujian yang besar. Mungkin di peringkat amatur orang ramai berkata, โ€œoh ini geng-geng โ€˜ustaz sampulโ€™ belaka!โ€ Masyarakat menganggap ustaz atau penceramah itu mahu menjaga kedudukannya berdasarkan kepada lumayannya sagu hati yang diberikan di dalam sampul tadi.
Tetapi di satu peringkat, wang bukan menjadi tarikan utamanya lagi. Bukan itu yang menarik perhatian dan mendatangkan lebih kepuasan kepada penceramah. Sebaliknya, apa yang lebih menguji malah beracun iaitu sokongan orang ramai. Orang angguk dengan pendapat kita. Orang ketawa dengan gurauan kita.
Kalau kita buat lawak, beratus-ratus malah beribu orang gelak, โ€˜feelingโ€˜ ketika itu, masya Allah! Kalau kita cakap satu benda yang betul, beribu orang mengangguk kerana bersetuju dengan benda yang kita cakap, ujiannya sangat mendalam.
Saya yakin ramai yang tidak pernah kenal dan sudah lupa tentang siapa saya untuk mengulas hal ini.
โ€œSiapa beliau nak cakap tentang hal ini?โ€
Saya tidaklah sepopular nama-nama besar yang ada hari ini. Tetapi serba sedikit, sekurang-kurangnya saya pernah berada di dalam situasi itu. Di pentas ceramah, di kaca tv saban waktu, poster dan banner di sana sini, berceramah keliling dunia, Allah rezekikan sedikit untuk berada di dalam situasi berkenaan.
Hakikatnya, setiap kita yang duduk di meja ceramah, kita diuji dengan ujian-ujian khusus untuk orang agama.
Artikel penuh di blog www.saifulislam.com

---

Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/hasrizal/message