BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024


Perbicaraan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguh kepada 19 Julai ini.


Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi selepas bekas perdana menteri itu disahkan sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi memaklumkan anak guamnya juga diberikan sijil cuti sakit sehingga Sabtu ini kerana tidak sihat.


Peguam mewakili Ahmad Zahid, Shahrul Fuzli kemudian mencadangkan tarikh sekitar Oktober, namun cadangan itu dibantah oleh hakim dengan mengambil kira faktor usia bekas perdana menteri itu.


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649274/berita/semasa/tun-m-terima-rawatan-di-ijn-perbicaraan-kes-fitnah-ditangguh


Muzik: www.bensound.com


#SinarHarian #BeritaSemasa #TunMahathir #TunMmasukIJN