BERITA SEMASA 4 APRIL 2024


Menu air asam tapak kaki lembu yang hanya muncul semasa bulan Ramadan, membuatkan peniaga makanan tersebut, Mat Rosmadi Mohamad, 47, di Batu 11, Ketereh, Kota Bharu tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.


Situasi itu menyebabkan Mat Rosmadi atau Pok Die terpaksa mengehadkan tempahan bagi memastikan kualiti masakan tersebut terjaga.


Bekas tukang masak di atas kapal itu berkata, proses untuk memasak air asam tapak kaki lembu sangat rumit dan mengambil masa sehingga tiga jam.


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658098/edisi/kelantan/air-asam-tapak-kaki-lembu-menu-rare-bulan-puasa


Muzik: Bensound 


#SinarHarian #BeritaSemasa #airasamtapakkakilembu #ramadan #Kelantan #JuadahBerbuka