Sektor ekonomi negara sangat terkesan dengan situasi pandemik dan kawalan pergerakan yang dikenakan apabila hampir kesemua perusahaan dan perniagaan tidak boleh beroperasi seperti biasa. Oleh sebab itu, kerajaan sangat menggalakkan digitalisasi dan mendorong perniagaan dalam talian.

Pemasaran digital menggantikan kaedah tradisional yang para usahawan gunakan. Dengan adanya platform dalam talian seperti media sosial, kini pengusaha boleh memanfaatkan ciri-ciri yang boleh membantu mereka memasarkan produk dengan lebih cepat dan menarik. Namun, asas pemasaran digital semestinya perlu dikuasai terlebih dahulu.

Dalam episod terbaru Podcast Bosan ini, Fazirul Nizar Dzulkifli, Penolong Pengurus, Jabatan Pembangunan Pasaran Selepas Jualan di MARii menceritakan inisiatif MARii dalam menawarkan program Digital Marketing bagi para usahawan yang ingin memulakan pemasaran digital bagi perniagaan mereka. 

 
KEY TAKEAWAYS:

03:15 - Trend perniagaan dan ekonomi dalam situasi kawalan pergerakan 

06:45 - "Case study" perniagaan yang berjaya beradaptasi dengan digitalisasi 

09:41 - Kos pemasaran - adakah berbaloi untuk berbelanja lebih? 

14:55 - Inisiatif MARii melalui program "Digital Marketing" 

16:10 - Siapakah kumpulan sasaran untuk program "Digital Marketing"? 

20:10 - Konsep "frenemy" dalam industri perniagaan 

21:10 - Peluang dalam perkembangan dan rangkaian perniagaan dengan pihak berkepentingan 

24:28 - Expect the unexpected

 

Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada rakan-rakan bisnes anda atau keluarga untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod. 

Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0.!