Perkhidmatan bengkel kenderaan hari ini sudah lebih maju daripada tahun-tahun sebelumnya. Kebanyakan pengusaha bengkel kenderaan bebas (independent workshop) mengadaptasikan model perniagaan dengan teknologi-teknologi baru untuk memenuhi permintaan dalam pasaran.

Tetapi, adakah bengkel bebas ini tidak selamat, dari segi perkhidmatan dan juga pengurusan? 

Tiga alumni program Workshop Transformation Programme (WTP) anjuran MARii, iaitu Mastinah Sani, Eezam Masripan dan Azren Men (Apeng) berkongsi pendapat dan pandangan sebagai pengusaha bengkel bebas tentang bagaimana mereka merelevankan perkhidmatan mereka supaya pelanggan mempercayai kredibiliti bengkel mereka dalam industri.

KEY TAKEAWAYS:

05:42 - Landskap perkhidmatan bengkel kenderaan hari ini
07:55 - Perubahan dalam model perniagaan sebagai bengkel bebas
09:28 - Persepsi pelanggan tentang bengkel bebas
10:30 - Bengkel bebas tak selamat? 
15:00 - Impak COVID-19 terhadap perkhidmatan bengkel
17:00 - Formula untuk terus menjadi mapan dalam industri
21:30 - Aplikasi mudah alih dalam pemasaran perniagaan
22:40 - Pemasaran yang terbaik untuk bengkel
24:16 - Pengalaman menyertai Workshop Transformation Programme (WTP)
26:20 - Pengurusan kewangan yang baik untuk bengkel
29:10 - Sistem pengurusan bengkel untuk perniagaan 
31:42 - Jangkaan masa depan bengkel dalam industri automotif
34:25 - Ke arah bengkel digital

Jika anda suka dengan episod ini, kongsikan kepada rakan-rakan bisnes anda atau keluarga untuk pengetahuan umum. Kami sangat mengalu-alukan sebarang komen atau ulasan anda tentang podcast kami supaya kami boleh memberikan yang terbaik setiap episod. 

Ikuti kami di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube MARii Malaysia untuk lebih banyak info tentang automotif, robotik, dan Industri 4.0.!