Imam Birgivi (meninggal dunia 1573) menghuraikan tentang peranan proses berfikir (nutq) mengawal emosi marah (ghadb) dan mahu (shahwah) di dalam karyanya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Ia senada dengan apa yang kita faham melalui sains dan pengetahuan moden semasa bahawa frontal lobe pada otak manusia menggerakkan fungsi eksekutif yang salah satunya adalah 'self talk' pada meredakan ledakan emosi yang terbit dari limbic brain kita. Teringat juga bagaimana Nabi Muhammad ´Ě║ ┬ámengingatkan kita agar melatih diri semasa berpuasa, apabila menerima kecaman atau penghinaan, jangan ikutkan rasa marah, tetapi katakan "sesungguhnya aku berpuasa".


Indah.

---

Send in a voice message: https://anchor.fm/hasrizal/message