Hari ini, perdana menteri Malaysia ke-9 telah mengangkat sumpah, sekaligus membawa kepada era pentadbiran baharu di Malaysia dengan fokus terhadap pemulihan daripada Covid-19. Pada masa yang sama, podcast kali ini turut membincangkan berkenaan dengan perkembangan di China yang memberikan kesan terhadap saham-saham syarikat teknologi di sana. Selain itu, kita juga membincangkan secara ringkas mengenai OnlyFans yang kini beralih dan mengharamkan kandungan lucah pada platform mereka.