Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) menegaskan bahawa perjanjian di antara Pembangkang dan Kerajaan adalah sebuah memorandum persefahaman (MOU) dan bukan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA). Yem dan Mat Pis bincang tentang implikasi dokumen ini terhadap urusan parlimen. Turut dibincangkan adalah tentang isu AliPay di China, dasar kerajaan Malaysia terhadap isu kelestarian, dan juga baik dan buruk minggu ini.




Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.