Podsiar Amanz kali ini melihat kepada beberapa topik teknologi dan bisnes yang menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Antaranya adalah berkaitan dengan pelaksanaan cukai syarikat teknologi pada peringkat global. Disamping itu, kita juga melihat kepada perkembangan gergasi teknologi di Asia Tenggara, dan juga berkaitan dengan bank digital di Malaysia.