Arena perbankan digital semakin hangat dari hari ke hari. Selepas penutupan penerimaan borang permohonan, kini Bank Negara dalam proses menilai segalanya, sebelum mengumumkan sehingga 5 penerima lesen bank digital di Malaysia pada awal 2022 kelak. Selain daripada itu, pada episod kali ini juga kami membincangkan berkenaan OYO yang dikatakan sedang dalam perbincangan menerima pelaburan daripada pihak Microsoft, selain berkenaan watak pelakon Black Widow yang menyaman Disney+.