Salah satu ciri yang paling diminta oleh pengguna Apple tempatan, Apple Pay, akhirnya tiba di Malaysia dengan tiga bank sokongan iaitu Maybank, AmBank dan Standard Chartered. Ciri yang mula boleh digunakan hari ini itu membolehkan pengguna melakukan pembayaran tanpa sentuh dengan peranti iOS seperti iPhone dan Apple Watch. Untuk berbuat demikian, pengguna perlu terlebih dahulu menyimpan butiran kad bank mereka dalam aplikasi Wallet pada peranti iOS mereka. Mat Pis dan Yem mengulas.